Minggu depan genap 14 minggu aku berada di IPK mengikuti program Sarjana Kepengetuaan bagi sesi 2010/2011. Dengan kata lain, dah sampai ke garisan penamat bagi semester pertama kat sini. Pasni kami akan bertarung menjawab soalan2 exam mulai 22 November 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Bila ditoleh ke belakang, terasa betapa pantasnya waktu berlari meninggalkan jejak2 semalam sebagai memori. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku mengharungi hidup sbg mahasiswi sepanjang tempoh ni. Next week juga merupakan kuliah akhir bagi semua subjek termasuklah kelas English Proficiency di bawah kelolaan bekas pensyarah ku sewaktu di MPIK dulu - Mr Aslam Khan. Sedih jugak memandangkan semester depan kami tak lagi bertemu utk sesi Bahasa Inggeris Komunikasi yang merupakan program tambahan utk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris yg dah agak 'terpeleot' dan 'terpelecok' tu. Pengendalian kelas BI oleh Mr Aslam & geng memang menarik dengan pelbagai pengisian dan aktviti menyeronokkan. Kami bebas melontar idea, berlakon dalam pelbagai aksi, berdebat mematahkan hujah lawan sesuka hati dan mendeklamasikan puisi dengan pelbagai irama serta intonasi dan bergelak ketawa melupakan tension menyelesaikan assignments bersama2. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat Mr Aslam Khan yang menyerikan petang Isnin dan Selasa kami selama ini dengan jenaka spontan dan ilmu bermanfaat yang dicurahkan buat kami. We're gonna miss u so much, sir and thanks for all good deeds all these while.. As the coordinator of the program, I would like to thank you very much for what you have shared and done with us here. And to all of you, my friends - thanks for the greatest time together. Thank you.. thank you.. and thank you to all.. :)
Friday, October 22, 2010
Wednesday, October 20, 2010
Wajah Kesayangan Hamba
Masa aku sekolah kat SKPA Port Dickson dulu, Ustaz Md Noh selalu berpesan kat kiotrg supaya selalu pandang wajah mak abah sebelum ke mana-mana setiap hari. Dapat pahala tau tgk wajah mak abah ni.. apatah lagi bila kita pandang dengan penuh rasa kasih sayang. Hmmm.. sejak aku bangun jam 4 pagi tadi aku asyik teringatkan emak. Entah kenapa akupun tak tau. Kata orang kalau kita teringatkan seseorang maknanya orang tu mengingati kita. Betul ke tak akupun tak pasti, sebab selama ni jenuh aku rindu kat ramai org tapi diorg tak ingatpun kat aku. Hehe.. Tapi yang aku pasti emak memang sentiasa merindui aku hehehe... Homesick ke apa aku ni? Macam tak pernah dok jauh lak.. hehehe... Mendengar suara emak je sudah mendamaikan jiwa yang kacau ni. Emak, tunggulah kepulangan anakmu ini. Ujung minggu nanti adik balik ok? I love u, emak!!
Tuesday, October 19, 2010
My Best Friend's Wedding
Dalam pada melayan rasa bingung + bengang aku yg tak hilang2, ditambah pulak penat memandu dlm perjalanan panjang yang masih bersisa, aku masih sempat membelek2 album perkahwinan Mr & Mrs Bonny yang dihantar kepada aku melalui email. Hilang sekejap tension yg bertapak di minda ni menatap senyum manis yg terpapar pada wajah ayu sahabat akrab yang aku rindui tu.
To my dearest best friend, Juspine and her beloved hubby, Bonny : May you love and hold each other in the worst of times with trust, faith and belief, hoping the best for you on your auspicious wedding (hope it's still not too late to wish hehe)... Happy married life to you guys! :D
Monday, October 18, 2010
Biso Bonar..
Bingung... itulah perkataan yang paling tepat utk describe perasaan aku pada tika dan saat ni. Semenjak semalam fikiranku menerawang ke sana sini tak tentu hala dan jujurnya perkara ni memang mengganggu lena tidurku. Kadang2 memang aku bingung (dan bengang..) bila berdepan dengan karenah manusia yang pelbagai ragam ni. Tidaklah aku terniat utk jadi judgemental atau bias pada sesesiapa cuma kekadang disebabkan aku sering jadi mangsa keadaan, aku jadi keliru. Entahlah kenapa.. ada kalanya niat baik kita acap benar disalahertikan. Tu yang buat aku confuse tu! Buat baik salah, kalau buat menda tak baik, laaaaagilah salah kan? Khalayak yang membaca nukilan aku kali ni mesti bosan dgn bebelan aku yg tak berhujung pangkal ni.. sebetulnya aku sendirik keliru + buntu dari mana harus aku mulakan mukadimahnya. Pikir punya pikir, timbang punya timbang, lebih baiklah aku simpan je masalah yg membelenggu benak aku ni sendirik.. Senang, abis cerita... Kali ni aku menulis sekadar utk meluah rasa dan mendamaikan fikiran yang kian tepu dgn macam2 persoalan. Kepada insan2 yang dah berjaya menerobos masuk ke dalam laman fikirku - yg akhirnya berjaya aku tenangkan dengan penuh susah payah - maaf aku pohonkan sebab aku tak kuasa dah melayan tingkah2 yg tak mendatangkan kebaikan kepada aku, kehidupanku mahupun alam sekitar yg dah sedia tercemar ni.. Hmmm... lambatnya esok tiba. Tak sabar rasanya nak tinggalkan hari ni dan lupakan apa yg terjadi. Biso bonar ghaso eh... :(
Monday, October 11, 2010
Kisah Jejak Kasih
Hujung minggu yg baru berlalu ni menyimpul banyak kenangan manis dalam diari hidupku. Kenangan dan memori yang terlakar kali ni agak berbeza kerana weekend ni merupakan pertemuan semula aku dengan kengkawan yg mmg dah lama tak ku temui. Senang citer mcm 'Minggu Jejak Kasih' la jugak :P... Bermula dengan program ziarah ke rumah Nisak, diikuti dengan reunion bersama kengkawan sekolah rendah, Ahad lalu menyaksikan pertemuan semula aku dengan Munirah - sahabat baik yg juga merupakan bekas kawan sekelas dan serumah semasa aku menuntut di MPIK ketika mengikuti KPLI back in 2001 dulu. Seingat aku, lepas kami posting pada 15 Jun 2002, aku pernah bertemu Muni sekali je pada tahun 2003 kat umah sewa aku di Kulaijaya. Masa tu abang Muni berpindah ke sana so aku dan Sarina (housemate yg aku rindui) membantu membersihkan rumah abg Muni. Walaupun dalam tempoh hampir 7thn tak bersua wajah, kami tetap sering berutus berita. FB, YM, e-mail.. tak pernah menjarakkan perhubungan kami. Kini, pensyarah di IPGM Kota Bharu, Kelantan ni sdg mengikuti pengajian Ijazah Kedoktorannya dalam bidang Perkembangan Kurikulum di University of York, UK. Aku memang teruja bila Muni bagitau yang dia berada di Malaysia utk menguruskan 'pilot test'nya... Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya kami dipertemukan semula. Semalaman bercerita, banyak kisah yg kami kongsikan. Meskipun sekejap, aku bersyukur diberikan kesempatan menemui Muni. Sebagai seorang yg memang sangat menghargai dan menyayangi nilai sebuah persahabatan, aku berdoa semoga ikatan persahabatan ini akan berkekalan sampai bila2. Selagi hayat dikandung badan, insyaAllah persahabatan ini akan tetap aku pelihara. Semoga selamat kembali ke UK & take care of yourself Muni!! Bon Voyage...!
Sunday, October 10, 2010
Secangkir Sirap Merah
Hari ni masa seakan begitu pantas berlalu. Hati yg gumbira dan ceria menyebabkan aku tak sedar waktu dahpun menginjak ke angka 11.30 malam... Apa taknya, setelah berpisah lebih 20 tahun dengan rakan2 yang sama2 bersekolah di SK Panglima Adnan, Port Dickson akhirnya kami dipertemnukan semula. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana mengizinkan kami bersua kembali setelah masing2 membawa haluan sendiri dengan kerjaya yang berbeza. Reunion kali ni disertai oleh beberapa sahabat (yg selama ni hanya bersua di alam siber) dalam suasana santai tapi meriah. Bertemu sahabat 'La Bamba' ku, Suzana yang kecoh memang seronok tapi sayangnya sekejap je kami dapat bersama. At least dapat gak la melerai kerinduan di hati ni.. Cewah.. Akhirnya dapat juga aku berjumpa sambil mengimbau memori sekolah rendah aku dengan Syikin, Marhaini, Adly (ketua darjah 4), Bachtiar dan Roshidi a.k.a Jerangkung (Mr Presiden Alumni SKPA 1976). 'Port' perjumpaan kami ialah di rumah Syikin kat Nilai sebelum beralih ke Bistro As-Salam sambil makan Roti Naan, Tosay dan Roti Canai yg enak kat sana. Sempat lagi contact lens aku tercabut masa drive ke restoran tu.. Nasib baik la Marhaini jadik Rescue Ranger utk supply solution lens membantu aku melihat dunia dengan jelasnya semula, hehe... Buat kengkawan semua, thanks for the good time today. Teringat lak Shidi ngan tagline dia pasal rokok : Smoking is bad for the non-smoker not the smoker. So.. it's better for U to die rather than I die... hehehe. Macam2 daaaa... Jumpa lagi geng!!
Merisik Khabar
Nisak merupakan salah seorang bekas rakan serumahku yang pernah sama2 bertugas di SMA. Seorang yang aktif, guru PJK ni merupakan seorang yang ceria dan kelakar dengan jenakanya yang lucu dan spontan. Akhir 2006, Nisak dimasukkan ke HUKM kerana masalah buah pinggang yg dialaminya secara tiba-tiba. Disebabkan keadaan kesihatannya yang merosot, permohonan Nisak utk bertukar ke Senawang diluluskan dengan segera oleh pentadbiran sekolah. Sejak itu, kami tak pernah bersua muka. Ada tak de, cuma SMS je lah pengganti bicara. Hari ni, aku, Kak Aya dan Kak Ida berpeluang menziarahi Nisak kat rumahnya yang terletak di lokasi yang indah dan nyaman di De Palma, Senawang Jaya. Alhamdulillah, syukur bila melihat Nisak dalam keadaan ceria walaupun tubuhnya kelihatan sangat kurus dan raut wajahnya agak membengkak akibat rawatan yang dilaluinya. Sedikit sebanyak terubat jugak kerinduan kepada sahabatku nan seorang tu. Akhir bulan April 2011 nanti, Nisak dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan utk merawat penyakit buah pinggangnya tu. Sebagai sahabat, aku mendoakan mudah2an Nisak berjaya melalui dugaan ini dengan tabah dan semoga pembedahan tu nanti dapat memulihkan keadaan kesihatannya. Take care, Nisak.. I will always miss u!
Kenangan Bersama YAB PM
8 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat lalu, aku berpeluang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kat PWTC. Pada awalnya aku taklah merancang nak ke sana tapi desakan Kak Rose dan Kak Suhana memancing aku ngan Kak Liza utk join the crowd. Mentang2 la IPK ni dekat je ngan PWTC... Asalnya kami nak ke sana berjalan kaki je tapi disebabkan Kak Bani nak ke Cheras, beliau bermurah hati menumpangkan kami sampai ke PWTC. Ramai betul orang yg datang meraikan sambutan rumah terbuka aidilfitri tu... Aneka juadah yg enak turut menanti orang ramai yang berbaris menunggu giliran mendapatkan makanan. Menariknya, kedatangan kami 'disambut' oleh Ketua Pemuda UMNO - Khairi Jamaluddin, Ketua Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Lebih 50,000 tetamu dijamu dengan juadah hari raya dari pelbagai negeri.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan orang ramai termasuklah kami berempat serta Amiludin yang kebetulan berada di situ semasa pengumuman kedatangan YAB Perdana Menteri diumumkan oleh Sdra. Aidil Abd Ghafar. Bangga sungguh dapat bertentang mata dan berpeluang bersalaman dengan ketua negara Malaysia yang sangat dihormati itu. Kenangan tu memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.. Sebaik selesai acara, kami bergegas balik ke IPK untuk menghadiri seminar siswazah pada jam 3.00 ptg dengan hati riang dan perut yg kenyang hehe..
Friday, October 8, 2010
Nostalgia Akhir Syawal
Pening btol kepala ni... manalah agaknya aku nak dapatkan tesis PhD utk ulasan disertasi Dr Tai ni..? Seharian aku dok mengadap netbook ni sampai naik berpinar2 biji mata dan rasa nak tercabut contact lens, namun masih gak aku gagal mendapatkan tesis kepimpinan yang disyaratkan. Lama2 aku surrender.. baik le aku gi basuh baju. Nasib baik la kelas kami dicutikan sebab Yg Bhg Prof Datin Dr Hjh Rahimah bercuti ke luar negara. Relax la sikit.. Tetiba aku dikejutkan dengan panggilan Amiludin pastu diikuti Sujirah mengajak beraya menziarah rumah Kak Hafizoh, classmate aku kat Bangi. Tepat jam 1.30 ptg, kami memulakan perjalanan ke sana berpandukan GPS tradisional (peta la apa lagi..hehe) menaiki Alza baru milik Cikgu Rani. Kami ke sana berenam - Cikgu Rani, Cikgu Fauzi, Amil, Zuhardi, Suji dan aku.. Jauh betul perjalanan ke sana sampaikan kami tersesat ke Dengkil. Apa lagi... teruslah kami menuju rumah Kak Ros yang kebetulan terletak berhampiran pekan tu. Lepas dijamu mi kari dan puding yang enak, Kak Ros menemani kami ke rumah Kak Hafizoh. Memang jauh betul kami 'terlajak'.. hampir 15km jugak. Selepas makan minum dengan hidangan nasi ayam, pasemboq, satay dan kuih seri muka masakan Kak Fizoh yang mmg lazat tu.. kami berangkat pulang. Disebabkan takut sesat, kami berpatah balik ke rumah Kak Ros utk mendapatkan panduan. Disebabkan Kak Ros baru je beli cendol, kami dipaksa masuk utk 'menyendol' pulak. Tulah kali pertama seumur hidup aku beraya 2 kali kat rumah org yang sama.. hahaha.. Dalam perjalanan pulang kami tersalah jalan pulak menyebabkan kami sesat melarat2.. Sudahnya kami solat maghrib di Masjid Negara. Pastu baru la jumpa jalan balik ke UM. Tulah kenangan raya yang tak dapat aku lupakan... Apapun terima kasih kengkawan semua atas pengalaman yg menarik ni dan buat cikgu Rani aku mmg kagum dengan kesabaran beliau. Moga jumpa lagi Syawal thn depan... :)
Wednesday, October 6, 2010
Seharum Kasturi
Dalam ramai2 kawan yang aku temui sepanjang berada di IAB, Kementerian Pelajaran Malaysia Genting Highlands ketika mengikuti NPQEL, Juspine merupakan antara yang terakrab. Keletah dan keramahannya memang mudah menawan sesiapa saja untuk mendekati wanita Iban terakhir tu. Memandangkan aku jarang balik JB pada hujung minggu, aku dan Phine banyak spend masa bersama-sama. Kami berkongsi suka duka, cerita pahit manis kehidupan yang dilalui termasuklah kisah peribadi kami berdua... Kami ketawa dan menangis bersama - especially time tgk citer Hindustan ptg sabtu kat bilik aku.. hehehe. Ironinya, kami sama2 pernah menuntut di USM. Kawan serumah Phine adalah rakan sekelas aku tapi kami tak pernah bersua sepanjang 3 tahun aku di sana sehinggalah pertemuan di IAB. Berlainan bangsa dan agama, bukan penghalang keakraban kami. Bila Phine bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya - Bonny - akulah antara insan yang paling teruja.. Manakan tidak, aku antara sahabat terawal dimaklumkan tentang berita gembira tu oleh Phine meskipun masa tu kami sedang sibuk dengan program sandaran di sekolah masing2 (aku di JB dan Phine di Kuching).
Sebaik kembali ke bumi Genting Highlands usai program sandaran, kami banyak memanfaatkan masa senggang bersama. Walaupun telah bergelar isteri, Mrs Bonny tak pernah berubah. Memori aku bersama Phine terpahat kemas dalam sanubari. Bila Phine amek keputusan utk kembali ke Kuching dan melupakan hasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya demi suami yg dicintainya, aku memang amat sedih sekali namun aku tetap menghormati keputusan Phine. Takkan aku lupakan saat2 airmata kami tumpah menangisi penghujung pertemuan yang amat menyedihkan. Kini, Phine telah kembali berkhidmat di bumi kenyalang sedang aku masih bergelumang dengan buku pelajaran menyelesaikan pengajian bersama rakan2 lain. Meskipun berjauhan, hubungan kami masih akrab dan saling berhubungan hingga ke hari ini dan mudah2an tidak akan terputus sampai bila2... Buat Phine dan Bonny, aku mendoakan kebahagiaan kalian berkekalan hingga ke hujung usia dan semoga kalian dikurniakan anak2 yang comel (macam aku...hahaha) kelak. Andai ada rezeki, kita pasti akan bertemu lagi nanti. I miss u very much Phine!! :)
Tuesday, October 5, 2010
Supervisi : Sekolah Indonesia
Hari ni kami berpeluang melawat ke Sekolah Antarabangsa Indonesia untuk satu program lawatan di bawah penyeliaan Dr Sailesh Sharma. Lawatan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tgh. Peluang keemasan ini telah digunakan sebaik2nya untuk menjana pengetahuan di samping berkongsi idea tentang aspek penyeliaan (supervision) bersama2 barisan kepimpinan sekolah tersebut. Sambutan yang diberikan oleh barisan pentadbir sekolah antarabangsa yang telah terbina sejak 41 tahun lalu ini, amat memberangsangkan. Nyata, meskipun sistem persekolahan dua negara berjiran ini agak berbeza, satu perkara yang amat pasti ialah apabila pendidikan generasi masa hadapan diberikan keutamaan demi kemakmuran negara pada masa akan datang. Sekolah ini memuatkan 420 orang pelajar yang terdiri daripada anak2 diplomat di Kedutaan Indonesia, ekspektariat dan pensyarah yang dibahagikan kepada 3 peringkat : Sekolah Dasar (SD), Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA).
Terima kasih buat ibu kepala sekolah, Ibu Elslee Y.A. Sheyoputeri dan Bapak Suwandi, pembantu kepala sekolah atas sambutan mesra dan kesudian menjayakan sesi wawancara itu tadi. Terima kasih setulus hati... :)
Monday, October 4, 2010
Happy Birthday Bros!
Hari ni hari ulangtahun kelahiran adik-adik kembar yg aku sayangi : Azhar & Hilmy yg ke 30. Walaupun tak dapat bersama2 menyambutnya dgn mereka pada hari jadi kali ini, kakak sentiasa mendoakan agar kalian sentiasa beroleh limpah rahmat Allah swt. Mudah2an kalian dipanjangkan usia, dimurahi rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Juga semoga kalian sentiasa berjaya dlm kerjaya (Azhar - bank manager di Kulaijaya & Hilmy - Pen. Pengarah Imigresen Negeri Johor), rumahtangga dan seterusnya berbahagia dunia & akhirat. Amin...
Love both of u! :))
Subscribe to:
Posts (Atom)