Friday, October 8, 2010

Nostalgia Akhir Syawal


Pening btol kepala ni... manalah agaknya aku nak dapatkan tesis PhD utk ulasan disertasi Dr Tai ni..? Seharian aku dok mengadap netbook ni sampai naik berpinar2 biji mata dan rasa nak tercabut contact lens, namun masih gak aku gagal mendapatkan tesis kepimpinan yang disyaratkan. Lama2 aku surrender.. baik le aku gi basuh baju. Nasib baik la kelas kami dicutikan sebab Yg Bhg Prof Datin Dr Hjh Rahimah bercuti ke luar negara. Relax la sikit.. Tetiba aku dikejutkan dengan panggilan Amiludin pastu diikuti Sujirah mengajak beraya menziarah rumah Kak Hafizoh, classmate aku kat Bangi. Tepat jam 1.30 ptg, kami memulakan perjalanan ke sana berpandukan GPS tradisional (peta la apa lagi..hehe) menaiki Alza baru milik Cikgu Rani. Kami ke sana berenam - Cikgu Rani, Cikgu Fauzi, Amil, Zuhardi, Suji dan aku.. Jauh betul perjalanan ke sana sampaikan kami tersesat ke Dengkil. Apa lagi... teruslah kami menuju rumah Kak Ros yang kebetulan terletak berhampiran pekan tu. Lepas dijamu mi kari dan puding yang enak, Kak Ros menemani kami ke rumah Kak Hafizoh. Memang jauh betul kami 'terlajak'.. hampir 15km jugak. Selepas makan minum dengan hidangan nasi ayam, pasemboq, satay dan kuih seri muka masakan Kak Fizoh yang mmg lazat tu.. kami berangkat pulang. Disebabkan takut sesat, kami berpatah balik ke rumah Kak Ros utk mendapatkan panduan. Disebabkan Kak Ros baru je beli cendol, kami dipaksa masuk utk 'menyendol' pulak. Tulah kali pertama seumur hidup aku beraya 2 kali kat rumah org yang sama.. hahaha.. Dalam perjalanan pulang kami tersalah jalan pulak menyebabkan kami sesat melarat2.. Sudahnya kami solat maghrib di Masjid Negara. Pastu baru la jumpa jalan balik ke UM. Tulah kenangan raya yang tak dapat aku lupakan... Apapun terima kasih kengkawan semua atas pengalaman yg menarik ni dan buat cikgu Rani aku mmg kagum dengan kesabaran beliau. Moga jumpa lagi Syawal thn depan... :)

2 comments:

sarina said...

kelakarlah kak beraya umah orang sampai 2 kali tu....

Izan Hasrin said...

Tu la Ina, segan ada kelakar pun ada.. adussss.. Tebal rasa muka ni tapi nak wat camane ye tak? hehehe.. malu.. maluuu...