Hari ni masa seakan begitu pantas berlalu. Hati yg gumbira dan ceria menyebabkan aku tak sedar waktu dahpun menginjak ke angka 11.30 malam... Apa taknya, setelah berpisah lebih 20 tahun dengan rakan2 yang sama2 bersekolah di SK Panglima Adnan, Port Dickson akhirnya kami dipertemnukan semula. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana mengizinkan kami bersua kembali setelah masing2 membawa haluan sendiri dengan kerjaya yang berbeza. Reunion kali ni disertai oleh beberapa sahabat (yg selama ni hanya bersua di alam siber) dalam suasana santai tapi meriah. Bertemu sahabat 'La Bamba' ku, Suzana yang kecoh memang seronok tapi sayangnya sekejap je kami dapat bersama. At least dapat gak la melerai kerinduan di hati ni.. Cewah.. Akhirnya dapat juga aku berjumpa sambil mengimbau memori sekolah rendah aku dengan Syikin, Marhaini, Adly (ketua darjah 4), Bachtiar dan Roshidi a.k.a Jerangkung (Mr Presiden Alumni SKPA 1976). 'Port' perjumpaan kami ialah di rumah Syikin kat Nilai sebelum beralih ke Bistro As-Salam sambil makan Roti Naan, Tosay dan Roti Canai yg enak kat sana. Sempat lagi contact lens aku tercabut masa drive ke restoran tu.. Nasib baik la Marhaini jadik Rescue Ranger utk supply solution lens membantu aku melihat dunia dengan jelasnya semula, hehe... Buat kengkawan semua, thanks for the good time today. Teringat lak Shidi ngan tagline dia pasal rokok : Smoking is bad for the non-smoker not the smoker. So.. it's better for U to die rather than I die... hehehe. Macam2 daaaa... Jumpa lagi geng!!
No comments:
Post a Comment