Sunday, October 10, 2010

Merisik Khabar

Nisak merupakan salah seorang bekas rakan serumahku yang pernah sama2 bertugas di SMA. Seorang yang aktif, guru PJK ni merupakan seorang yang ceria dan kelakar dengan jenakanya yang lucu dan spontan. Akhir 2006, Nisak dimasukkan ke HUKM kerana masalah buah pinggang yg dialaminya secara tiba-tiba. Disebabkan keadaan kesihatannya yang merosot, permohonan Nisak utk bertukar ke Senawang diluluskan dengan segera oleh pentadbiran sekolah. Sejak itu, kami tak pernah bersua muka. Ada tak de, cuma SMS je lah pengganti bicara. Hari ni, aku, Kak Aya dan Kak Ida berpeluang menziarahi Nisak kat rumahnya yang terletak di lokasi yang indah dan nyaman di De Palma, Senawang Jaya. Alhamdulillah, syukur bila melihat Nisak dalam keadaan ceria walaupun tubuhnya kelihatan sangat kurus dan raut wajahnya agak membengkak akibat rawatan yang dilaluinya. Sedikit sebanyak terubat jugak kerinduan kepada sahabatku nan seorang tu. Akhir bulan April 2011 nanti, Nisak dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan utk merawat penyakit buah pinggangnya tu. Sebagai sahabat, aku mendoakan mudah2an Nisak berjaya melalui dugaan ini dengan tabah dan semoga pembedahan tu nanti dapat memulihkan keadaan kesihatannya. Take care, Nisak.. I will always miss u!

3 comments:

Yana Senget said...

alhamdulillah ckg nisak siht..huhu.semoga pembedahan dia brjaya. amin.. dan rindu semua ckg2..hehe. harap ckg2 sume siht sentiasa. =)

Zahizan Hasrin said...

Alhamdulillah.. keletah dan kelakar dia masih macam dulu. Sama2 la kita doakan yea. Thanks Yana..

Zahizan Hasrin said...

Alhamdulillah.. keletah dan kelakar dia masih macam dulu. Sama2 la kita doakan yea. Thanks Yana..