Wednesday, October 6, 2010

Seharum Kasturi

Dalam ramai2 kawan yang aku temui sepanjang berada di IAB, Kementerian Pelajaran Malaysia Genting Highlands ketika mengikuti NPQEL, Juspine merupakan antara yang terakrab. Keletah dan keramahannya memang mudah menawan sesiapa saja untuk mendekati wanita Iban terakhir tu. Memandangkan aku jarang balik JB pada hujung minggu, aku dan Phine banyak spend masa bersama-sama. Kami berkongsi suka duka, cerita pahit manis kehidupan yang dilalui termasuklah kisah peribadi kami berdua... Kami ketawa dan menangis bersama - especially time tgk citer Hindustan ptg sabtu kat bilik aku.. hehehe. Ironinya, kami sama2 pernah menuntut di USM. Kawan serumah Phine adalah rakan sekelas aku tapi kami tak pernah bersua sepanjang 3 tahun aku di sana sehinggalah pertemuan di IAB. Berlainan bangsa dan agama, bukan penghalang keakraban kami. Bila Phine bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya - Bonny - akulah antara insan yang paling teruja.. Manakan tidak, aku antara sahabat terawal dimaklumkan tentang berita gembira tu oleh Phine meskipun masa tu kami sedang sibuk dengan program sandaran di sekolah masing2 (aku di JB dan Phine di Kuching).


Sebaik kembali ke bumi Genting Highlands usai program sandaran, kami banyak memanfaatkan masa senggang bersama. Walaupun telah bergelar isteri, Mrs Bonny tak pernah berubah. Memori aku bersama Phine terpahat kemas dalam sanubari. Bila Phine amek keputusan utk kembali ke Kuching dan melupakan hasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya demi suami yg dicintainya, aku memang amat sedih sekali namun aku tetap menghormati keputusan Phine. Takkan aku lupakan saat2 airmata kami tumpah menangisi penghujung pertemuan yang amat menyedihkan. Kini, Phine telah kembali berkhidmat di bumi kenyalang sedang aku masih bergelumang dengan buku pelajaran menyelesaikan pengajian bersama rakan2 lain. Meskipun berjauhan, hubungan kami masih akrab dan saling berhubungan hingga ke hari ini dan mudah2an tidak akan terputus sampai bila2... Buat Phine dan Bonny, aku mendoakan kebahagiaan kalian berkekalan hingga ke hujung usia dan semoga kalian dikurniakan anak2 yang comel (macam aku...hahaha) kelak. Andai ada rezeki, kita pasti akan bertemu lagi nanti. I miss u very much Phine!! :)

No comments: