Monday, October 11, 2010

Kisah Jejak Kasih


Hujung minggu yg baru berlalu ni menyimpul banyak kenangan manis dalam diari hidupku. Kenangan dan memori yang terlakar kali ni agak berbeza kerana weekend ni merupakan pertemuan semula aku dengan kengkawan yg mmg dah lama tak ku temui. Senang citer mcm 'Minggu Jejak Kasih' la jugak :P... Bermula dengan program ziarah ke rumah Nisak, diikuti dengan reunion bersama kengkawan sekolah rendah, Ahad lalu menyaksikan pertemuan semula aku dengan Munirah - sahabat baik yg juga merupakan bekas kawan sekelas dan serumah semasa aku menuntut di MPIK ketika mengikuti KPLI back in 2001 dulu. Seingat aku, lepas kami posting pada 15 Jun 2002, aku pernah bertemu Muni sekali je pada tahun 2003 kat umah sewa aku di Kulaijaya. Masa tu abang Muni berpindah ke sana so aku dan Sarina (housemate yg aku rindui) membantu membersihkan rumah abg Muni. Walaupun dalam tempoh hampir 7thn tak bersua wajah, kami tetap sering berutus berita. FB, YM, e-mail.. tak pernah menjarakkan perhubungan kami. Kini, pensyarah di IPGM Kota Bharu, Kelantan ni sdg mengikuti pengajian Ijazah Kedoktorannya dalam bidang Perkembangan Kurikulum di University of York, UK. Aku memang teruja bila Muni bagitau yang dia berada di Malaysia utk menguruskan 'pilot test'nya... Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya kami dipertemukan semula. Semalaman bercerita, banyak kisah yg kami kongsikan. Meskipun sekejap, aku bersyukur diberikan kesempatan menemui Muni. Sebagai seorang yg memang sangat menghargai dan menyayangi nilai sebuah persahabatan, aku berdoa semoga ikatan persahabatan ini akan berkekalan sampai bila2. Selagi hayat dikandung badan, insyaAllah persahabatan ini akan tetap aku pelihara. Semoga selamat kembali ke UK & take care of yourself Muni!! Bon Voyage...!

No comments: