Bingung... itulah perkataan yang paling tepat utk describe perasaan aku pada tika dan saat ni. Semenjak semalam fikiranku menerawang ke sana sini tak tentu hala dan jujurnya perkara ni memang mengganggu lena tidurku. Kadang2 memang aku bingung (dan bengang..) bila berdepan dengan karenah manusia yang pelbagai ragam ni. Tidaklah aku terniat utk jadi judgemental atau bias pada sesesiapa cuma kekadang disebabkan aku sering jadi mangsa keadaan, aku jadi keliru. Entahlah kenapa.. ada kalanya niat baik kita acap benar disalahertikan. Tu yang buat aku confuse tu! Buat baik salah, kalau buat menda tak baik, laaaaagilah salah kan? Khalayak yang membaca nukilan aku kali ni mesti bosan dgn bebelan aku yg tak berhujung pangkal ni.. sebetulnya aku sendirik keliru + buntu dari mana harus aku mulakan mukadimahnya. Pikir punya pikir, timbang punya timbang, lebih baiklah aku simpan je masalah yg membelenggu benak aku ni sendirik.. Senang, abis cerita... Kali ni aku menulis sekadar utk meluah rasa dan mendamaikan fikiran yang kian tepu dgn macam2 persoalan. Kepada insan2 yang dah berjaya menerobos masuk ke dalam laman fikirku - yg akhirnya berjaya aku tenangkan dengan penuh susah payah - maaf aku pohonkan sebab aku tak kuasa dah melayan tingkah2 yg tak mendatangkan kebaikan kepada aku, kehidupanku mahupun alam sekitar yg dah sedia tercemar ni.. Hmmm... lambatnya esok tiba. Tak sabar rasanya nak tinggalkan hari ni dan lupakan apa yg terjadi. Biso bonar ghaso eh... :(
No comments:
Post a Comment