Friday, October 22, 2010

Sealed With A Kiss

Minggu depan genap 14 minggu aku berada di IPK mengikuti program Sarjana Kepengetuaan bagi sesi 2010/2011. Dengan kata lain, dah sampai ke garisan penamat bagi semester pertama kat sini. Pasni kami akan bertarung menjawab soalan2 exam mulai 22 November 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Bila ditoleh ke belakang, terasa betapa pantasnya waktu berlari meninggalkan jejak2 semalam sebagai memori. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku mengharungi hidup sbg mahasiswi sepanjang tempoh ni. Next week juga merupakan kuliah akhir bagi semua subjek termasuklah kelas English Proficiency di bawah kelolaan bekas pensyarah ku sewaktu di MPIK dulu - Mr Aslam Khan. Sedih jugak memandangkan semester depan kami tak lagi bertemu utk sesi Bahasa Inggeris Komunikasi yang merupakan program tambahan utk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris yg dah agak 'terpeleot' dan 'terpelecok' tu. Pengendalian kelas BI oleh Mr Aslam & geng memang menarik dengan pelbagai pengisian dan aktviti menyeronokkan. Kami bebas melontar idea, berlakon dalam pelbagai aksi, berdebat mematahkan hujah lawan sesuka hati dan mendeklamasikan puisi dengan pelbagai irama serta intonasi dan bergelak ketawa melupakan tension menyelesaikan assignments bersama2. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat Mr Aslam Khan yang menyerikan petang Isnin dan Selasa kami selama ini dengan jenaka spontan dan ilmu bermanfaat yang dicurahkan buat kami. We're gonna miss u so much, sir and thanks for all good deeds all these while.. As the coordinator of the program, I would like to thank you very much for what you have shared and done with us here. And to all of you, my friends - thanks for the greatest time together. Thank you.. thank you.. and thank you to all.. :)

No comments: