8 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat lalu, aku berpeluang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kat PWTC. Pada awalnya aku taklah merancang nak ke sana tapi desakan Kak Rose dan Kak Suhana memancing aku ngan Kak Liza utk join the crowd. Mentang2 la IPK ni dekat je ngan PWTC... Asalnya kami nak ke sana berjalan kaki je tapi disebabkan Kak Bani nak ke Cheras, beliau bermurah hati menumpangkan kami sampai ke PWTC. Ramai betul orang yg datang meraikan sambutan rumah terbuka aidilfitri tu... Aneka juadah yg enak turut menanti orang ramai yang berbaris menunggu giliran mendapatkan makanan. Menariknya, kedatangan kami 'disambut' oleh Ketua Pemuda UMNO - Khairi Jamaluddin, Ketua Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Lebih 50,000 tetamu dijamu dengan juadah hari raya dari pelbagai negeri.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan orang ramai termasuklah kami berempat serta Amiludin yang kebetulan berada di situ semasa pengumuman kedatangan YAB Perdana Menteri diumumkan oleh Sdra. Aidil Abd Ghafar. Bangga sungguh dapat bertentang mata dan berpeluang bersalaman dengan ketua negara Malaysia yang sangat dihormati itu. Kenangan tu memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.. Sebaik selesai acara, kami bergegas balik ke IPK untuk menghadiri seminar siswazah pada jam 3.00 ptg dengan hati riang dan perut yg kenyang hehe..
No comments:
Post a Comment