Aku baru je selesai menghadiri kursus kelolaan geng NPQEL, Cikgu Ismail Md Yatim di SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya ketika menerima berita ni pada hari Isnin 14 Disember 2009 lalu. Kak Roy merupakan orang yang bertanggungjawab menyampaikan berita ni sebaik je aku ke rumahnya petang tu. Berdasarkan rentak suara dan riak wajah Kak Roy, aku dapat mengagak berita yang diterima tu tak berapa seronok didengar. Berita penangguhan pengajian Kumpulan 4 ke IPK, Universiti Malaya bagi pengambilan 2010 tu bukanlah kali pertama yang diterima. Bezanya kali ni Kak Roy menunjukkan paparan surat daripada KPM bertarikh 10 Disember 2009 sebagai bukti. Aduhai... sedih betul perkhabaran kali ni so aku tanpa berlengah terus menghubungi rakan2 lain. Rakan2 turut melahirkan rasa terkejut dan hampa bila mendengar berita tersebut. Terasa langkah yang diatur semakin terhenti & kerja yang dibuat serba tak kena itu dan ini... Sehingga berita ini ditulis, pihak IAB masih berusaha mencari jalan menyelesaikan kemelut yang melanda. Harapan setinggi gunung disandarkan kepada pihak yang terbabit mudah2an sejalur sinar harapan masih ada untuk menyuluh laluan kami menuju ke IPK, UM. Amin...
No comments:
Post a Comment