Thursday, December 31, 2009

Hari Q JPNJ 2009


Pada pagi 28 Disember 2009 nan ceria, aku ke sekolah lamaku - SM Teknik JB menghadiri Hari Kualiti dan Perhimpunan Bulanan JPNJ buat julung2 kalinya. Menjejak ke SMTJB terasa seolah2 aku kembali ke zaman persekolahan dulu... Semenjak aku melangkah keluar lepas dapat result SPM dulu aku x pernah lagi ke sana... Syahdu jugak rasa hati ni.. Bersama Puan Hajah Noraini Mohd Nor, aku ke SMTJB bukan untuk menjejak kasih atau melerai kerinduan di hati, tapi untuk menerima Anugerah Kualiti Pengarah JPNJ kerana SMK Munshi Abdullah berjaya mendapat tempat pertama Kategori Penerbitan Majalah bagi Citra Majalah Wilayah Selatan Zon Negeri Johor dan Melaka. Syabas buat team sidang redaksi majalah MUNSHI atas kejayaan ini! Keep up with the good work!!! Munshi Boleh!!

No comments: