Abah adalah seorang yang ceria, periang dan sentiasa cergas, maklum la.. bekas askar. Pantang ada masa senggang, ada2 je benda yang nak dibuatnya. Bertukang adalah hobi abah yg paling utama. Emak kadang2 pun naik rimas dengan alat2 pertukangan abah tu. Tak kira masa, abah memang cukup sinonim dgn alat2 pertukangannya. Abah bukanlah seorang tukang mahir yg mengkhusus kepada bidang2 tertentu... Yg pasti, pantang ada masa lapang abah akan sibukkan dirinya membaiki itu, ini.
Seingat aku, abah tak pernah jatuh sakit. Demam pun jarang apatah lagi sakit teruk. 9 Okt 2009 merupakan kali pertama abah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah JB akibat sesak nafas. Lepas abah dibenarkan keluar hospital, kesihatan abah mulai merosot. Abah tak mahu makan dan kerap sukar bernafas. 2 November 2009 abah dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Untuk pastikan abah mendapat rawatan terbaik kami berpakat hantar abah ke Hopital Pakar Puteri JB. Kat sana di bawah pengawasan Dr Yap, kesihatan abah beransur baik. Tapi bila abah dibenarkan balik ke rumah lepas tu, abah sakit semula. 14 Disember 2009 abah sekali lagi dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri sebab kesukaran bernafas sehinggalah artikel ni ditulis.
Aku sentiasa mendoakan mudah-mudahan abah cepat sembuh dan terus sihat macam biasa. Rindu betul nak dengar gelak ketawa abah, gurau senda dan berbual tentang pelbagai topik dgn abah. Paling aku rindu ialah suara abah mengaji setiap malam kat rumah... Adik sayaaaaang abah!
6 comments:
sabar..dugaan tu..
Terima kasih...
kak jan...pika pn syg pak uda...
Terima kasih pika... kak jan pun sayang pika. Doakan pak uda & jaga diri bebaik ok!
sabar ye ckg... sye pon telah mnerima ujian yg sme..sgt tertekan skg.. muga kita sme2 tabah mnghadapi ujian allah... =)
terima kasih raja..sama2lah kita bersabar sebab orang2 yg bersabar menerima dugaanNya adalah mereka yang akan menang. Allah takkan menduga kita dgn dugaan yg x mampu kita hadapi..
Post a Comment