Wednesday, December 9, 2009

Tipah Tertipu!

Macam-macam taktik penipuan boleh dibaca di dada akhbar sejak dulu hingga kini. Tutur bicara semanis madu bersandarkan gaya yang meyakinkan menjadi modal menjerat mangsa yang alpa. Agaknya apalah perasaan orang yang suka sangat menipu ni seandainya kaum kerabat diorang sendiri yang jadik mangsa penipuan? Tipulah kalau mereka merasa teruja, terhibur atau terkinja-kinja kegembiraan sekiranya mereka dan keluarga mereka yang menjadi mangsa, ye tak? Apapun, kepada yang pernah ditipu dan merasa tertipu oleh sang penipu, bersabarlah kerana mereka yang menipu akan diberikan balasan oleh Yang Maha Kuasa kelak.. Bagi yang pernah menipu, ingatlah bahawa pelanduk sering terlupa akan jerat yang sudah pasti tidak akan melupakannya sampai bila-bila!

No comments: