Thursday, December 31, 2009

Selamat Bertugas!!

Pejam celik, pejam celik cuti persekolahan dahpun sampai ke penghujungnya. Lega betul rasanya bila nampak kereta-kereta mula memenuhi kawasan letak kereta yang lengang sepanjang cuti tempohari. Daripada raut wajah setiap cikgu SMKMA yang dahpun kembali ke sekolah dengan muka berseri2, memang tak dapat dinafikan bahawa masing2 kembali dengan penuh keazaman nan membara. Mesyuarat untuk memulakan sesi persekolahan 2010 dahpun bermula... so kepada rakan2 guru tak kira di mana jua anda berada, selamat menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi! Guru Pembina Negara Bangsa...

No comments: