Satu sesi perbincangan profesional NPQEL telah berlangsung di SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya pada 1 Disember 2009. Hasrat mengadakan perbincangan tentang Pelan Strategik bersama geng NPQEL, Encik Ismail Md Yatim ni aku suarakan kerana sampai ke hari ini aku masih kurang jelas tentang penyediaan Bab 3 (Perancangan Strategik). Maklumlah, tok guru aku lain, tok guru Cikgu Mail dan Cikgu Nazri lain, permintaan penyelia pulak lain... Pening kepala dibuatnya! Memandangkan Cikgu Mail pakar dalam hal ini (anak buah Encik Bustaman la katakan!) aku meminta jasa baiknya untuk memeriksa ketepatan pelan yang aku sediakan supaya semasa sesi perbincangan berikutnya aku takkan lagi jadik bahan lawak jenaka Cikgu Mail dan Cikgu Nazri yang memang dah expert tu! Setibanya aku di SMKKS aku berjumpa dengan pengetua SMKKS, Puan Hjh Siti Inshah bt Mansor (mantan pengetua di sekolah aku dulu...) di pejabat beliau. Sembang punya sembang, tak sedar jam dah melewati hampir jam 2 petang. Perbincangan kami bermula selepas itu di makmal SMKKS. Memandangkan masih banyak yang perlu dibaiki dalam Bab 3 tu, perbincangan kami akan disambung pada siri berikutnya. Perbincangan turut disertai oleh murid kesayangan Cikgu Mail bernama Hakim Sayed Nasir yang turut bertindak selaku pemantau perbincangan kami. Pada akhir perbincangan, kami sempat ke kedai mamak berhampiran untuk 'mengeteh'. Terima kasih Cikgu Mail!!
2 comments:
hii ...
asyik saya sahaja belanja, sudari bila nak belanja kami plak ???
ha ha ha .... :)
takde masalah...next perjumpaan saya pulak belanja ok?
Post a Comment