Pada malamnya aku memenuhi jemputan Kak Norhayati Ramlan yang bersungguh2 mengajak kami ke rumahnya di Klang, Selangor. Walaupun pada mulanya hati ni agak keberatan utk ke sana atas dua sebab - pertama, tak tau jalan nak ke sana dan kedua, nak siapkan assignment Dr Zuraidah - akhirnya aku mengambil keputusan utk tak menghampakan hajat Kak Tie. Disebabkan keputusan saat akhir (kejap kata nak pegi, kejap kata tak nak), aku dan Sujirah bertolak agak lewat menyebabkan kami 'tersangkut' kat traffic jam. Mujurlah perjalanan tak mengambil masa yg panjang. Kami selamat tiba di Bandar Diraja Klang jam 8.00 malam. Kat sana kami dijamu dengan makan malam yg enak hasil air tangan Kak Tie. Ramai jugak geng IPK yang datang - lebih 20 orang rasanya... Lepas makan malam (siap basuh pinggan lagi! hehe) kami berangkat pulang ke kolej 9 dan meneruskan misi menjadi burung hantu menyiapkan assignment yang masih blom siap lagi. Kpd geng2 Kump B & Kak Tie, terima kasih daun keladi, kalau ada makan2 jemputlah saya lagi.... :)
Thursday, September 30, 2010
Raya Sana Sini
Pada malamnya aku memenuhi jemputan Kak Norhayati Ramlan yang bersungguh2 mengajak kami ke rumahnya di Klang, Selangor. Walaupun pada mulanya hati ni agak keberatan utk ke sana atas dua sebab - pertama, tak tau jalan nak ke sana dan kedua, nak siapkan assignment Dr Zuraidah - akhirnya aku mengambil keputusan utk tak menghampakan hajat Kak Tie. Disebabkan keputusan saat akhir (kejap kata nak pegi, kejap kata tak nak), aku dan Sujirah bertolak agak lewat menyebabkan kami 'tersangkut' kat traffic jam. Mujurlah perjalanan tak mengambil masa yg panjang. Kami selamat tiba di Bandar Diraja Klang jam 8.00 malam. Kat sana kami dijamu dengan makan malam yg enak hasil air tangan Kak Tie. Ramai jugak geng IPK yang datang - lebih 20 orang rasanya... Lepas makan malam (siap basuh pinggan lagi! hehe) kami berangkat pulang ke kolej 9 dan meneruskan misi menjadi burung hantu menyiapkan assignment yang masih blom siap lagi. Kpd geng2 Kump B & Kak Tie, terima kasih daun keladi, kalau ada makan2 jemputlah saya lagi.... :)
Tuesday, September 28, 2010
Jamuan Raya Group A
NKRA Pendidikan : Satu Perkongsian
Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA (National Key Resuls Areas) telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam Program Transformasi Kerajaan (Government Transformational Project atau GTP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Januari 2010 yang lepas. Tujuan mengadakan GTP kepada rakyat adalah untuk memperkasakan sistem pencapaian kepada rakyat dan melaksanakan keputusan pantas dan berimpak bagi mencapai Wawasan 2020. Semasa pengumuman barisan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 9 April 2009, beliau telah menegaskan supaya setiap Menteri akan diukur prestasi pencapaian berdasarkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, pada 28 April 2009, beliau telah mengumumkan KPI akan dijadikan piawai kepada pencapaian menteri serta anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti Kementerian dan agensi-agensi secara objektif. KPI diwujudkan supaya membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenal pasti iaitu Prasekolah, LINUS, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru kepada Pengetua / Guru Besar atau lebih dikenali sebagai Bai'ah.
Di dalam amalan NKRA, kerajaan telah menekankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) untuk diterapkan sebagai satu kaedah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi organisasi, setiap sekolah perlu mempunyai KPI masing-masing sebagai sasaran yang akan dicapai. Bagi organisasi pendidikan, sistem pengukuran prestasi berteraskan KPI perlu diamalkan sebagai satu strategi pengurusan (Story, 2002).
Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Ini kerana terdapat persepsi serta nilai berbeza daripada pelbagai pihak terhadap keberkesanan sesebuah sekolah (Sharifah, 2000). Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang berasaskan prestasi untuk menambah baik sistem dan amalan sekolah seterusnya menyumbang ke arah keberkesanan sekolah.
Aku, Dia & Netlog
Monday, September 27, 2010
Hikayat Satu Sore
Sunday, September 26, 2010
Encik Kudin & NKRA
Dalam banyak2 assignment, aku paling saspen dengan tugasan yg diberikan oleh Dr Tie Fatt Hee. Tugas berpasangan yg memerlukan kami buat penyelidikan tentang dasar pendidikan negara yg dijalankan berdasarkan kategori sekolah mengundang debaran hebat buat aku. Kenapa? Sebab kehendak Dr Tie tu sukar difahami. Sekejap arahannya begini, pastu esok pulak begitu.. hmm.. kompius dibuatnya! Berpasangan dgn Amiludin - sahabat setia juga bapa kepada 4 cahayamata dari bumi Darul Iman, kami sepakat memilih utk menjalankan kajian bertajuk 'Persepsi GPK Pentadbiran Terhadap Pelaksanaan Dasar NKRA di Sebuah Sekolah Kawalan dalam Daerah Kulaijaya, Johor'.
Memandangkan kami berdua dari negeri berbeza, pembahagian tugas kami jalankan utk memudahkan penyediaan laporan kajian mengenai NKRA Pendidikan yang merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara. Temubual dengan Encik Kudin aku selesaikan lebih awal pada 30 Ogos lalu. Sempat gak la aku berbuka puasa dgn mantan 'bos' SMA tu kat Restoran Gazebo, Kulaijaya bersama Kak Aya & Suzana. Encik Kudin memang banyak membantu... Kesediaannya berkongsi pengetahuan tentang NKRA dan menjawab soalan temubual yg berjela2 panjangnya tu mmg sgt2 aku hargai. Bantuan beliau tak terhenti setakat tu je. Siang tadi (25 September 2010) ditemani Kak Aya sahabatku yg setia, aku ke sekolah beliau di Bandar Tenggara untuk mendapatkan dokumen dan mengambil gambar sekolah untuk dijadikan bahan bukti kajian. Kehadiran kami disambut mesra oleh beliau yg bertindak sbg tourist guide menemani kami meronda sekitar sekolah yg cantik tu. Segan juga bila diperkenalkan kepada Puan Pengetua (yang juga sangat mesra orangnya) dan para guru sepanjang lawatan kami di sana. Sempat lagi kami dijamu sebelum balik - langkah kanan betul..
Wednesday, September 22, 2010
Sediakan Payung...
Monday, September 20, 2010
Back on Track
Thursday, September 16, 2010
My Fruit Heart - Adam
Dah hampir 9 bulan aku pindah ke Pulai Indah semenjak Krismas tahun lepas. Sejak pindah kat sini belum sekalipun aku jejakkan kaki kat tasik (taman rekreasi) depan rumah aku ni.. Setiap hari aku boleh nampak ramai pengunjung datang tapi tak pernah pulak aku terpanggil utk menjengah kat tasik tu. Tapi entah kenapa, hari ni aku terasa ingin betul nak ke situ. Memandangkan cuaca hari ni panas terik, aku tangguhkan hasrat utk ke sana sampai ke petang. Bila agak2 dah teduh sket, akupun ke rumah Kak Gee - mandikan Adam dan mintak izin bawak Adam jalan2. Gembira betul Adam bila aku 'lepaskan' dia kat sana.. Nasib baik la org tak ramai hari ni. Mungkin sebab masing2 lom abis beraya lagi kot.. Hehe.. Happy betul tgk keletah anak saudaraku berumur 2 tahun tu berlari2 sambil beriya2 mintak aku amek gambo dia.. Nanti lain kali kita pegi lagi yea.. Cayang Adam! Muahhhh! :)
Wednesday, September 15, 2010
Layu Di Hujung Mekar...
Pesona Flora
Friday, September 3, 2010
Sesuci Lebaran
Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya dan lebaran semakin menghampiri. Begitu pantas masa berlari dan hari berganti... Tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma… menandakan berakhirnya bulan mulia dan sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia. Justeru, di kesempatan yang terbatas ini, aku menyusun sepuluh jari dan dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran bicara dan perlakuan ku selama ini. Juga maaf ku pohonkan andai di ruang maya ini ada tulisan yang menyinggung kalian yang telah sudi singgah di ruang bicara tanpa suara ini… Buat semua yang bakal memulakan perjalanan pulang, berhati-hati di jalanraya. Semoga kita selamat tiba ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama insan-insan yang kita kasihi.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN