Monday, September 20, 2010

Back on Track

Hari ni aku kembali semula ke KL, setelah 2 minggu bercuti raya kat JB. Kononnya nak set off awal (sebelum subuh) akhirnya aku bertolak jam 6.15 pagi dari rumah dan selamat tiba di UM jam 10.30 pagi tadi. Trafik yang lancar tanpa banyak kenderaan memudahkan perjalananku. Syukur, alhamdulillah... Kuliah pun dah kembali rancak mulai hari ni seiring dgn tugasan aku yang masih bertimbun tu (alamak!?) Semuanya perlukan tindakan sepantas dan se'efisien' mungkin sebab dateline dah makin mendekat ni... Aduyaiiii...

Di celah2 kesibukan aku menyetelkan timbunan assignment tu, ada gak kengkawan yang bertanya kenapa aku tak tulis tentang sambutan raya kali ni.. Jawapannya mudah, kerana tak de apa yang nak aku kongsikan dengan kengkawan semua. Semuanya biasa2 aje (even baju raya pun aku tak ada.. hmmmm..) Yang seronok cuma hari raya pertama. Aku bersolat sunat aidilfitri kat surau berhampiran rumah sebelum ke pusara abah. Lepas tu... back to square one. Lepas ni kalau boleh aku dah tak nak menulis tentang menda yg sedih2, syahdu syahdan dan yg boleh mengundang nestapa di hati aku. Kehadiran Syawal kali ni meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat aku. Buat saudara mara dan kengkawan lama yang sudi bertandang menziarahi kami terima kasih setulus hati aku ucapkan. Buat Kak Aslina, Wanis & Dr Ismail Talib yg sudi datang dari jauh menziarahi aku di sini, terima kasih daun keladi. Cuti dah abis so jomlah kita sama2 teruskan perjuangan kita yg masih belum selesai... Lets do it!!!

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum kak Zan.

Mesti assignment berlambak kan.Samalah kita.makin banyak makin best! :D

Selamat memulakan hidup baru.Thanks for ur wish at my blog.Alhamdulillah.dah sihat,insya Allah. :)

Zahizan Hasrin said...

Waalaikumsalam Fatin..

Mmg betul.. berderet2 assignment nak disiapkan. Lom sempat setel semua pg td dah dapat jadual exam lak.. Adusss.. tp tu la indahnya belajar kan? Thanks Fatin. Doa agar Fatin selalu sejahtera dan dapat study ngan baik.. Take care :)