Wednesday, September 1, 2010

Semalam Ku Bermimpi...


Wajah abah aku tatap buat kesekian kalinya. Tangannya ku genggam erat lantas ku kucup seperti yang biasa aku lakukan. Lama aku genggam tangan sasa abah - terasa keras kasar tangan abah tanda kuat bekerja semasa mudanya. Aku paut abah lantas ku cium pipinya. Kanan dan kiri. Abah senyum menatap wajahku dan memaut bahuku. Pelik.. kenapa kali ini abah tak membalas ciuman aku seperti biasa? Abah tarik tangan ku lantas meminta aku duduk di sebelahnya tanpa sepatah kata. Wajah abah bersih dan berseri. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Abah kelihatan segak sekali dengan songkok putih di kepala. Tak lama kemudian, seorang wanita mengajak aku pergi. Sekali lagi tangan abah aku salami - tanda meminta izin untuk pergi sebagaimana kelaziman setiap kali aku ke mana2. Sekali lagi aku rangkul abah.. melepaskan rindu yang lama bersarang di hati. Tak lama kemudian, aku dibawa pergi melalui satu jalan luas di depan abah yang mesra melambai aku dengan wajah yang masih tenang dan ceria. Aku melambai abah dan entah kenapa air mataku menitis membasahi pipi. Tiba-tiba laungan azan subuh menyedarkan aku. Mimpi aku rupanya... Allahu Akbar! Baru aku teringat, malam tu 17 Ramadhan 1431H - malam Nuzul Quran. Aku berjaga sepanjang malam menyiapkan tugasan sampai jam 4 pagi. Mengenangkan aku perlu memandu pulang ke JB keesokan harinya, aku cuba tidur sekejap sementara menantikan azan berkumandang. Semenjak abah 'pergi' inilah pertama kali aku bermimpikan abah.. Aku pernah bertanya kepada emak, mengapa aku tak pernah bermimpikan abah sejak pemergiannya. Kadang kala hatiku dipagut cemburu bila adik beradik yang lain menceritakan bagaimana mereka 'menemui' abah dalam mimpi. Alhamdulillah, akhirnya doaku agar dipertemukan dengan abah dimakbulkanNya. Terlerai rindu di hati dapat menatap wajah abah. Masih terbau2 harum tubuh abah ketika aku merangkulnya dalam mimpiku itu...


Aku bersyukur dan amat berterima kasih kepada Ilahi kerana memakbulkan doa yang sering aku titipkan setiap kali selesai solat. Ya Allah, peliharakanlah abah dan tempatkanlah abah dalam kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Mudah2an Allah menemukan aku dengan abah bila sampai masa aku pergi nanti. Al-Fatihah utk abah yang sentiasa aku rindui...

7 comments:

Hakimi Md Nor said...

Terkenang akan kebaikan dan keramahan allahyarham tn hj. u memang banyak mewarisinya. bersabarlah dan sentiasalah berdoa utk kesejahteraannya disana. Alfatihah buat allahyarham tn hj hasrin anas......

Zahizan Hasrin said...

Thanks Hakimi atas ingatan kepada abah saya. Awak mmg sahabat yg baik. Terima kasih.. Al-fatihah..

Anonymous said...

Sayu bila baca nukilan adik tu...tetiba terbayang lak masa2 indah bsama abah masa nk gi tadika..bila dh tiba tadika nk turun motor je abah mesti sikat rambut kak g dulu..klu abah amik lewat je, mesti meleleh air mata... Al-Fatihah utk abah tercinta..

Zahizan Hasrin said...

Terima kasih kak g, sempat jengah ke blog adik ni.. Bila ingat masa kecik2 dulu teringat abah slalu suruh kita tido sbb suka gelak2 sblm tido.. Hmmm..Kadang2 rasa cam x caya je abah dah xde kan? Sampai skg, setiap kali balik umah adik masih rasa cam abah cuma gi kerja je.. Rindu kat abah.. Al-Fatihah utk abah kita yg tcinta..

Zahizan Hasrin said...

Terima kasih kak g, sempat jengah ke blog adik ni.. Bila ingat masa kecik2 dulu teringat abah slalu suruh kita tido sbb suka gelak2 sblm tido.. Hmmm..Kadang2 rasa cam x caya je abah dah xde kan? Sampai skg, setiap kali balik umah adik masih rasa cam abah cuma gi kerja je.. Rindu kat abah.. Al-Fatihah utk abah kita yg tcinta..

kak g said...

Tulah...kekadang rasa cam dia gi kedai..tp hakikatnya tulah...skejap je dh 3 bulan lebih pemergiannya kan...kak g sedih gak lum berpeluang ke pusara abah..nanti bila dah 'merdeka'ingat nk jenguklah...cantik pusaranya...

Zahizan Hasrin said...

Nanti kita pegi sana sama2 k? Setiap kali balik adik mmg singgah pusara abah, terubat rindu kat abah..