Tuesday, September 28, 2010

Jamuan Raya Group A


Sepanjang Syawal ni, jenuh rasanya nak memenuhi undangan Open House yang diadakan di sana sini. Bagi aku, rumahku sentiasa terbuka menerima kunjungan handai taulan yang sudi menjengah dan menziarah tanda ingatan buat kami sekeluarga. Tak ketinggalan, jamuan 'kelas terbuka' diadakan sempena kehadiran bulan mulia ni. Kumpulan kami (Kumpulan A) dahpun selamat organize satu program raya yang sempoi tapi meriah semalam. Mengamalkan konsep pot-luck setiap org dari kami menyumbang makanan, minuman, kuih raya & jajan utk memeriahkan majlis yg diadakan di Dewan Bankuet, Institut Pengajian Kepengetuaan UM. Juadah yang disediakan memang enak2 belaka. Ketupat, lemang, rendang dan serunding tambah mengindahkan suasana raya. Sambutan dan kerjasama ahli memang maveles! Terserlah kejelekitan antara semua ahli Kumpulan A mulai sesi penyediaan juadah, pembahagian menu, susun atur majlis sampailah acara mengenyangkan perut masing2. Memang teruja sekali apabila majlis turut dihadiri para pensyarah pelawat - Yg Bhg Dato' Dr Hussein & Prof Datin Dr Hjh Rahimah, pensyarah2 Dr Sathia, Dr Sailesh (yg berpuasa pada hari tersebut) serta kakitangan IPK yang sporting belaka. Two thumbs up to all Group A members! Cayalah!!

*Utk gambar2 yg lebih byk sila la jenguk2 laman FB saya.. :)

No comments: