Dalam banyak2 assignment, aku paling saspen dengan tugasan yg diberikan oleh Dr Tie Fatt Hee. Tugas berpasangan yg memerlukan kami buat penyelidikan tentang dasar pendidikan negara yg dijalankan berdasarkan kategori sekolah mengundang debaran hebat buat aku. Kenapa? Sebab kehendak Dr Tie tu sukar difahami. Sekejap arahannya begini, pastu esok pulak begitu.. hmm.. kompius dibuatnya! Berpasangan dgn Amiludin - sahabat setia juga bapa kepada 4 cahayamata dari bumi Darul Iman, kami sepakat memilih utk menjalankan kajian bertajuk 'Persepsi GPK Pentadbiran Terhadap Pelaksanaan Dasar NKRA di Sebuah Sekolah Kawalan dalam Daerah Kulaijaya, Johor'.
Memandangkan kami berdua dari negeri berbeza, pembahagian tugas kami jalankan utk memudahkan penyediaan laporan kajian mengenai NKRA Pendidikan yang merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara. Temubual dengan Encik Kudin aku selesaikan lebih awal pada 30 Ogos lalu. Sempat gak la aku berbuka puasa dgn mantan 'bos' SMA tu kat Restoran Gazebo, Kulaijaya bersama Kak Aya & Suzana. Encik Kudin memang banyak membantu... Kesediaannya berkongsi pengetahuan tentang NKRA dan menjawab soalan temubual yg berjela2 panjangnya tu mmg sgt2 aku hargai. Bantuan beliau tak terhenti setakat tu je. Siang tadi (25 September 2010) ditemani Kak Aya sahabatku yg setia, aku ke sekolah beliau di Bandar Tenggara untuk mendapatkan dokumen dan mengambil gambar sekolah untuk dijadikan bahan bukti kajian. Kehadiran kami disambut mesra oleh beliau yg bertindak sbg tourist guide menemani kami meronda sekitar sekolah yg cantik tu. Segan juga bila diperkenalkan kepada Puan Pengetua (yang juga sangat mesra orangnya) dan para guru sepanjang lawatan kami di sana. Sempat lagi kami dijamu sebelum balik - langkah kanan betul..
Encik Kudin memberikan banyak input berguna tentang NKRA yang sebelum ini mmg betul2 membuatkan aku tension disebabkan kekaburan dan kekurangan bahan utk penulisan kajian tu. Ternyata, graduan Sarjana Kepengetuaan UM ni memang sarat dengan info terkini tentang dunia pendidikan. Kagum betul aku! Selesai sesi perbincangan, kami dipelawa beraya ke rumah En Kudin yg tersergam indah tu. Siap ada banner family lagi... Walaupun penat, aku rasa amat berbesar hati dan terharu atas segala bantuan dan layanan mesra En Kudin sepanjang melaksanakan tugasan ini. Encik Khairuddin Mustapha, you are the best! Terima kasih, tuan...
No comments:
Post a Comment