Monday, November 22, 2010

Kabut Serangkai Mawar


Di saat2 genting menghadapi peperiksaan ni, sesekali terasa agak bosan jugak bila dok asyik menatap buku dan nota yg bertimbun tersusun atas meja study ni. Satu cara yg best utk melarikan diri seketika daripada rutin harian ialah dgn menatap 'muka buku' kengkawan sbg satu cara melepaskan tekanan. Pastinya gambar2 flora garapan Dr Ismail yg aku cari sbg halwa mata.

Semenjak beralih angin ke tanah tinggi Cameron ni, Doc Mael lebih cenderung memfokuskan lensanya kepada bunga2an nan indah berseri di pergunungan yg damai tu. Sesekali terkesima dan terpesona juga mata menatap wajah2 ayu sang bunga di sebalik bidikan lensa tuan doktor ni. Banyak2 bunga mata aku memang mudah tertancap kepada kecantikan bunga ros atau mawar. Meskipun berduri, semerbak aroma bunga pujaan ku tu memang sentiasa memikat hati.

Warnanya yg bervariasi tidak berupaya mengundang jemu daripada bertandang ke ruang hati yang sering tenggelam dengan keserian yg memukau mata dan membolos hijab fikirku ini.. lantas membangkitkan semarak jiwa yang kacau ni untuk menjadi pencinta yang setia.. Pencinta bunga lah! Hehehe... Ni antara bunga yg aku kidnap (dengan izin) Doc Mael utk aku kongsikan dengan khalayak pembaca.. Enjoy yourself..

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualikum kak izan.

La...tak abes exam lagi ke?hehe..kiter dah selamat bercuti kat rumah. tgh tunggu result je skang. Good Luck kak zan.
Nak tengok one day nanti mudah-mudahan kak zan naik pangkat jadi pengetua. ;)

Zahizan Hasrin said...

salam sdra mohammad.. terima kasih sudi ziarah ke mari..:)

Zahizan Hasrin said...

Waalaikumsalam Fatin..

Nampaknya akak masih di medan exam lagi Fatin. Last sekali 1 Disember 2010 ni. Bestnya Fatin dah bercuti skg yea.. Terima kasih Fatin.. Amin utk doa tu wpun k izan tak terdorong ke arah jadi pengetua tu sbnrnya.. hehe.. Enjoy yr holiday! :)