Alhamdulillah... usai sudah paper YXGA 6016 pagi tadi.. Ini bermakna cuma tinggal dua paper je lagi sebelum aku bercuti sebulan sementara menantikan semester berikutnya. Lega rasanya... lafaz kesyukuran aku panjatkan kerana setakat ni apa yg kami bincangkan dalam diskusi ilmiah kami tu 'mengena'. Setakat hari ni aku dah boleh la tarik napas panjang dalam2 dan hembuskan (kalau tarik napas tak hembus alamat mati lemas laaa..) pelan2 tanda traffic jam dlm kepala dah makin kurang sesaknya. Hari ni jugak aku rasa gembira sebab Suji dah mula menulis blog buat kali pertama. Lebih cenderung kepada penulisan ilmiah (tak macam aku yg suka merapu je), blog Suji bakal memuatkan penulisan laras akademik yg sarat dengan info dunia pendidikan. Aku berharap semoga Suji terus istiqamah dan berjaya mengembangkan bakat penulisan yg ada padanya tu.
Letihnya rasa badan.. kepala aku pun asyik berdenyut je menyebabkan aku susah btol nak melelapkan mata beberapa malam ni. Susah2 sangat aku telan ubat batuk yg aku amek dari PPUM aritu utk membantu melenakan mata yg keletihan ni.. Abis camana? Kalau asyik jadik burung hantu je aku risau lak akan tersengguk2 mengantuk dalam dewan peperiksaan nanti.
Tak sabar rasanya menunggu 1 Disember - paper terakhir semester ni. Macam2 rancangan dah berbaris menunggu giliran dalam fikiran aku ni. First sekali, aku akan ke Melaka menghadiri persandingan sahabat baikku di zaman persekolahan, Radzuan (Wan) & Nazarith. Wan memang sahabat baik yang sangat aku sayangi. Seperkara yang kengkawan lain tak pernah tau, Wan pernah jadik 'posmen' aku tatkala zaman cinta monyet masa di bangku sekolah dulu. Hehehe.. Rahsia 'percintaan' aku memang la sumernya ada dlm poket Wan. Hahaha.. Dan sesungguhnya aku memang tertunggu2 majlis Wan ni dan bersyukur aku diberikan peluang menghadiri majlis persandingannya 4 Disember ni. Mudah2an tak de aral utk aku ke sana dan moga2 masa majlis tu nanti aku berpeluang untuk jumpa semula ngan kengkawan sekolah rendah yang aku rindui. Majlis Wan ni secara tak langsung akan jadik port untuk majlis reunion kami la nanti hehe... :)
Abis majlis di Melaka, maka 'terbang' la aku ke Kuching bertemu Juspine, sahabat yg sentiasa aku rindui... Tunggu kedatangan aku di bumi kenyalang yea Pine.. So buat kengkawan yg masih memerah otak dan bersengkang mata study dengan penuh iltizam utk lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti, selamat berjuang... Mudah2an kita lulus cemerlang dan dpt keputusan terbang yg berwarna warni (flying colour result) hehehe.. All the best to all of us! :D
6 comments:
wahhhh..
i love weddings hhahaha
banyak program menunggu tu ... best giler coti...
andak... me too... hehehe
peninjau dunia..
tu la yg syoknya choti2 mesia kali ni. pas balik dari sarawak cadang nk ke cameron lak.. hehe.. jom! :)
Salam Izan.. Moga u berjaya dlm exam ni i doakan. jaga kesihatan u. all the best.. Hakimi
Salam Hakimi...
Terima kasih atas doa tu. InsyaAllah. Doakan kejayaan saya yea.. Dah semakin hampir sampai ke penghujung garisan ni.. :)
Post a Comment