Saturday, August 27, 2011
Balik Kampung
Thursday, August 25, 2011
Tak Tau Antara Dua...
Monday, August 22, 2011
Mencari Lailatul Qadar
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
| |
Maksudnya: | " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " |
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: | |
Maksudnya: | " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta |
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada | |
dosa-dosa yang telah lalu " | |
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: | |
Maksudnya: | " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh |
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " | |
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: | |
Maksudnya: | " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan |
dalam malam ganjil. " | |
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: | |
Maksudnya: | " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar |
iaitu malam ke-27. " | |
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. | |
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi: | |
Maksudnya: | " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam |
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " | |
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati | |
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: | |
![]() | |
Maksudnya: | " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah |
keampunan-Mu untukku. " | |
Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saturday, August 20, 2011
Cahaya Aidilfitri
Monday, August 15, 2011
Nuzul Al-Quran
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Wednesday, August 10, 2011
Happy Belated Birthday
Sunday, August 7, 2011
Salam Ramadhan
Saturday, July 30, 2011
Tak Seindah Suria
Bingkisan Rindu Buat Abah..
Friday, July 29, 2011
Dunia Baru..
Tuesday, July 12, 2011
Pengembaraan Bermula

Unforgettable Momento
Wednesday, June 22, 2011
Komuniti Pembelajaran Profesional

Thursday, June 16, 2011
Kenali Anak Kita
