Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran

Hari ini 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431H adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Wednesday, August 25, 2010

Salam Kemerdekaan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Monday, August 23, 2010

Fatamorgana

Terkedu seketika tatkala aku membaca satu msg yg aku terima di laman FB lewat malam Selasa lalu. Msg tu sebenarnya merupakan berita tentang isu perkauman di sekolah yang dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengetua di Kulaijaya. Sengaja aku tak masukkan citer ni lebih awal ke blog ni, kerana aku terasa ingin ambik stand ‘tunggu dan lihat’. Ironinya, sumber berita tu aku peroleh daripada ex-students aku yg bukan Melayu yg rata2nya menyuarakan kemarahan dan meminta aku memberikan pandangan. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku hanya mampu meminta mereka bertenang dan tunggu hingga siasatan dijalankan. Mengejutkan juga kerana orang yang dimaksudkan tu tak lain tak bukan merupakan bekas bos ku sendiri – pengetua pertama yg aku temui apabila mula melapor diri untuk bertugas di Kulaijaya pertengahan tahun 2002 lalu. Beliau antara bos yg paling aku ‘respect’ lantaran budaya kerja dan integritinya terhadap dunia pendidikan. Selepas meninggalkan SMA dan berkhidmat ke Kelapa Sawit seterusnya ke STARP, kami masih berhubungan. Tambahan pula aku pernah menyewa di rumah miliknya di Kulai Utama - hubungan kami lebih kepada ibu dan anak. Permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (TESL) di UTM pada tahun 2004 dulupun atas galakan dan sokongan Pn Hjh. Namun atas sebab2 peribadi cita2 ku untuk menggenggam sarjana lebih awal terpaksa aku kuburkan walaupun aku sudah sangat2 hampir ke penghujung garisan. Beliau antara orang yg kecewa dengan keputusanku menarik diri dari pengajian namun memahami situasi yg perlu aku tangani.

Secara peribadi, Pn Hjh merupakan insan yang amat aku kagumi – kredibilitinya sebagai pengetua, sifat keibuan dan kekuatan yg ada padanya.. membuatkan rasa hormatku padanya tak pernah berkurangan. Ketika aku mengikuti program NPQEL tahun lalu, aku sering menemui beliau setiap kali membuat kunjungan ke SMKKS menemui Cikgu Ismail Yatim untuk berbincang menyiapkan portfolio sandaran. Nasihat2 beliau agar aku tabah menghadapi cabaran dunia pendidikan dan dorongannya agar aku terus bijak mengatur langkah membina kerjaya akan ku ingat sampai ke hujung usia. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. Aku berdoa semoga ditemukan jalan penyelesaian dan kemelut ini tidak lagi berterusan. Buat Puan Hajah Siti Inshah bt Mansor, mudah2an beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang. Kepada bekas2 pelajar yang cikgu kasihi, jangan cepat melatah dan menangguk di air yang keruh. Bertenanglah… Buat rakan2 seperjuangan yang sama2 mengenali beliau, sama2lah kita berdoa untuk kebaikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Al-Hujarat 49:6)

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya”

[Al-Isra’ 17:36]

Saturday, August 21, 2010

Bertamu di Kalbu

Semalaman aku tak dapat melelapkan mata. Puas sudah rasanya aku pujuk diri agar lena dibuai mimpi tapi tetap tak berjaya. Pusing kanan, toleh kiri, menelentang, meniarap semuanya serba tak kena… serba tak selesa. Terasa ingin bingkas dari katil tapi aku tahankan je. Lazimnya aku akan bangun solat memohon diberikan ketenangan, tapi memandangkan aku ‘cuti’ skg ni akupun tak tau apa yg nak dilakukan. Akhirnya aku matikan diri dan bermuhasabah sendiri. Kenapa agaknya aku jadik camni? Hmmm... nilah akibatnya memendam perasaan yang membuak2 datang bertamu dan bermukim di kalbu.

Rindu… perasaan penuh seni mula beraja di sanubari dan kerinduan itulah yang menyebabkan aku jadi begini. Rindu… pada siapa? Pada emak yang jauh dan sentiasa melekat di hati – itu sudah pasti. Lebih2 lagi sebab minggu ni aku tak balik JB. Rindukan Aiman, adik bongsu yg setia menjadi ‘bodyguard’ tak bergaji. Rindu pada keletah manja Adam & Wawa serta Anas anak saudara baru yg masih belum lagi kutemui. Merindui Juspine & Peter yg jauh di Bumi Kenyalang juga Kak Rosni di Negeri Bawah Bayu. Rindukan Kak Aya, Kak Faridah & rakan2 seperjuangan di Kulaijaya dan anak2 didik yg jauh di mata. Juga merindukan dia – insan yang sentiasa dekat dalam ingatan meskipun sepanjang minggu ni tiada secebis perkhabaran dititipkan (mudah2an dia akan sentiasa bersamaku...) Sesungguhnya rindu itu adalah anugerahNya yang amat bermakna dan amat aku syukuri. Salam penuh kerinduan dan salam ingatan berpanjangan buat kalian… Semoga hari2 yang dilalui sentiasa diwarnai keceriaan dan kebahagiaan. Salam Ramadhan...

Friday, August 20, 2010

Rileks Sekejap

Boleh dikatakan minggu ni merupakan minggu yang agak memeningkan buatku. Minda terasa tepu dengan macam2 perkara... Menghampiri hari Jumaat, badan dah terasa lesu kerana masa tido yang tak menentu. Tak sabar rasanya menantikan hujung minggu - boleh la rileks sikit sambil2 menyudahkan beberapa assignments yang masih bersusun panjang tu. Setidak2nya aku skg dah boleh menghela nafas panjang sedalam2nya.. Maklumlah dua presentations yang memerlukan persediaan rapi dahpun aku lepasi. Terasa bertuah betul sebab berpeluang menjadi pembentang terawal dlm kalangan kengkawan untuk kedua2 paper yg mendebarkan perasaan. Sesi pembentangan kedua dahpun 'selamat' dilalui Rabu lalu dgn jayanya. Alhamdulillah... Sesi tersebut berjalan lancar dan persoalan2 kritis yang dikemukakan rakan2 berjaya menghidupkan perbincangan dan perdebatan. Tambah menarik bila diselitkan input2 berguna oleh Prof Dato' Dr Hussein dengan gelagatnya yang bersahaja. Di tengah2 kerancakan bertarung mengejar dateline assignments, aku masih sempat lagi buat part time - apa lagi kalau bukan menyibukkan diri dgn kerja2 penterjemahan... Maklum ajelah, raya dah dekat. Nak cari duit poket utk duit raya anak2 buah yg dah makin bertambah (kononnya! hehe..) Clients aku pun bukan org lain - kengkawan lama aku jugak. Macam biasalah.. ada yang mintak translate bahan utk PhD, kajian tindakan, artikel2 akademik dan yg membuatkan aku termenung panjang ialah bila menterjemah kertas cadangan perniagaan (Business Proposal) utk seorg kawan. Apa taknya, aku takde basic business atau accounting... jargon yg pelik2 yg digunakan mmg hampir2 membuatkan aku demam kura... dan akhirnya sebaik siap, punyalah aku hepi... rasa macam nak raya! So, untuk sesapa yg nak bagi aku apa2 projek pasni, kalau boleh jangaaaaannnlah gunakan Google Translation then pass kat aku utk aku betulkan balik. Abis tunggang langgang semua menda aku nak kena semak... tension beb! Buat masa ni aku terpaksa stop dulu translate men'translate' ni... Berasap kepala aku ni coz tak berenti2 bekerja. Hmmmm... It's time for me to lay back and relax.. ;P

Tuesday, August 17, 2010

Kelahiran Yang Dinanti


Semalam 16 Ogos 2010, aku menerima berita gembira... berita kelahiran anak saudaraku yang merupakan anak kedua kepada kakak kesayanganku, Kak Gee dan abg Rafi disambut dengan penuh terharu. Merupakan anak saudaraku yang ketiga selepas Muhammad Adam Fahmy dan Haimy Najwa, kelahiran baby boy yg masih belum bernama ni memang menggembirakan kami seisi keluarga. Alhamdulillah... lafaz kesyukuran kepadaNya atas kelahiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami dlm bulan yang penuh barkah ni. Doa Mak Ngah mudah2an anakanda menjadi anak yg soleh, bertaqwa dan berjaya duniawi dan ukhrawi... Moga anakanda menjadi kebanggaan ibu dan ayah kelak. Amin... Buat Kak Gee, semoga cepat sembuh daripada pembedahan yg dilalui. Salam sayang & rindu daripada adik. Take care yea... Mmmmuaaaahh!!!! :)


Thursday, August 12, 2010

Setitis Tinta Seuntai Kata

Menulis merupakan satu terapi minda yang sangat berkesan buat aku. Selain berupaya mengurangkan tekanan dan meleraikan kekusutan fikiran, aktiviti ini merupakan satu wadah terbaik bagiku utk mencurahkan apa jua yg terpendam di sanubari menerusi bicara bisu di alam maya yang kelu kaku ni... Sepanjang minggu ni banyak perkara berlaku dlm hidup aku...


Isnin (9 Ogos 2010) :
Jadual kelas telah dipinda dari jam 9 pagi ke pukul 2 petang sempena Ramadhan yang bakal menjelang. So aku memulakan perjalanan pulang ke KL dari JB seawal jam 5 pagi lagi. Aku berenti kejap utk solat subuh di Pagoh dan terus amek Suji kat Tangkak sebelum meneruskan perjalanan sampai kami selamat tiba di hostel. Setibanya di kelas, aku dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Kak Siti Faridah sehari sebelumnya. Kemalangan yang meragut nyawa salah seorg anak kembar perempuan Kak Siti yang berusia 13 tahun memang menyedihkan. Suaminya terlantar di hospital dan telahpun selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, meskipun cedera, keadaan Kak Siti stabil. Kami sentiasa mendoakan agar Kak Siti tabah menghadapi dugaan ini dan aku tumpang merasa sedih dan dukacita atas apa yang berlaku apatah lagi di saat Ramadhan kian menghampiri. Al-Fatihah...


Selain Kak Siti, beberapa rakan turut terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mahindran terlibat dalam insiden kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri kuliah begitu juga Kak Hariani. Aku sendiri pun terlibat dengan kemalangan kecil hari tu... Hmmm.. ternyata darah kami memang 'manis'. Buat rakan2 sentiasalah kita berhati2 dalam apa jua yang dilakukan. Malang tidak berbau.


Selasa (10 Ogos 2010) :
Pagi2 lagi aku dan Suji dah bangun.. Air masih lom ada lagi sejak semalam. Hmm.. susah ati btol dibuatnya. Takkan nak mandi koboi ala2 P Ramlee kot! Nasib baik ada alternatif bijak yang difikirkan. Apa strategi kami? Rahsiaaaaa... hehehe... Nasib baik kuliah hari tu bermula jam 2 petang. Sempatlah aku & Suji ke pejabat PTPTN di Damansara Heights berjumpa pegawai berkenaan kat sana. Parking punyalah susah. Nasib kami agak baik sebab pak guard sudi membantu mendapatkan parkir kat Wisma Chase Perdana tu. Syukur, alhamdulillah... Mudah2an Allah memudahkan urusan pakcik tu nanti. Amin.. Kuliah Dr Sailesh agak suram disebabkan ketiadaan Kak Liza kerana beliau kurang sihat. Kelas yang sedia senyap kian sunyi coz xde sape sudi berdebat dengan pensyarah dari India tu. Semuanya pakat2 khusyuk, tawadhuk, tunduk, tidoq dan tersengguk2... Iyekan ajelah kata2 Dr tu yea... hehehe...


Rabu (11 Ogos 2010) :
Aku gembira kerana Kak Liza telah memulakan sesi penulisan blog kerana terpengaruh dengan aku (katanya hahaha...) Ahlan wasahlan ke alam blogging kak. Yang lain2 tu, tak perlu aku ceritakan sebab kisah panjang lebarnya telah aku nukilkan awal pagi tadi dalam entri sebelum ni... :P
Khamis (12 Ogos 2010) :
Sebaik berakhir presentation kumpulan Kak Bani bersama Cikgu Amil & Kak Hanis semasa kelas Dr Zuraidah, suasana bertukar hangat. Isunya? Hanya kerana pembentangan memakan masa yang panjang. Aku tanak mengulas apa yang berlaku, cuma aku sentiasa percaya bahawa dalam apa jua situasi yang kita depani, tatasusila hendaklah sentiasa dijunjung tinggi. Budaya saling menghormati dan tuturkata yang dilontarkan secara hikmah dan berhemah menunjukkan tingginya budi bahasa kita. Takpelah kalau dikatakan aku ni skema (mungkin jugak kot!), pada aku yg tua hendaklah sentiasa kita hormati dan yg muda perlulah kita kasihi... Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi; yang indah itu bahasa, yg elok itu budi. Apapun aku respect cara Dr Zuraidah yang tenang menguruskan ketegangan tadi kerana memang ternyata benar apa yang arwah abah selalu kata - ular menyusur akar takkan hilang bisanya...


Semua peristiwa yang berlaku ni aku catatkan sebagai jurnal perjalanan utk aku meniti hari2 di IPK UM ini. Satu hari kelak, bila aku dah tua atau mungkin tiada lagi di dunia fana ini, aku mengharapkan catatan ini mampu menggamit memori rakan2 untuk kembali menoleh ke belakang dan tertawa bila ada kelucuan menyapa dan mengenang aku sebagai seorang yang pernah singgah seketika dalam kehidupan kalian. Kalian semua adalah insan2 istimewa di hati ini (tak kira rakan yang nyata mahupun sahabat di alam maya) dan takkan aku lupakan selagi hayatku di kandung badan... Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan...

Meniti Hari - 1Ramadhan

Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya aku masih diberikan kesempatan menghela nafas dlm bulan Ramadhan kali ni... 1 Ramadhan telah berjaya dilalui dan memberikan kenangan yg sangat membekas dlm kotak ingatan. Buat rakan2 dan anak2 murid yg mengirimkan sms tanda ingatan, terima kasih aku ucapkan... Panjang betul senarai sampai ada yg tak sempat aku reply... maaf yea...

Semalam, seawal jam 4 pagi aku dah terbangun - tidak hanya sekadar berkobar2 menyambut hari pertama Ramadhan, tapi dok sibuk menadah air dek kerana putusnya bekalan air kat Kolej Tun Syed Zahiruddin ni. Dah masuk hari ketiga bekalan air masih belum pulih lagi... Sedih betul bila kepala paip aku buka, tak setitik airpun keluar. Nasib baik jugalah air tadahan semalam masih berbaki. Cukuplah utk bersugi dan berwuduk... dan sebaik selesai, aku bersahur seadanya. Syukur atas rezeki kurniaanNya hari ni. Alhamdulillah... Jam 4.45 pagi aku dan Sujirah melangkah ke blok Dewan Sri Tanjung. Lega betul rasanya bila mendapati bekalan air di sana tidak tergugat. Usai mandi dan berwuduk, kami pulang ke bilik dan bersedia menunaikan kewajipan sebaik azan Subuh berkumandang.

Aku melangkah ke IPK seorg diri pagi tu memandangkan Suji akan menghadapi pembedahan kecil 'menyelesaikan' masalah giginya yg sakit tu. Mudah2an segalanya berjalan lancar buat Suji. Kasihan melihat dia dok menahan kesakitan... Kelas Prof Dato' Dr Hussien memang aku tunggu2 dan sesi pembentangan Kak Salmah & geng memang superb! Macam lecturer... keyakinan mereka menunjukkan betapa well-preparednya kumpulan ni. Minggu depan giliran group aku pulak! Gulppp...! Dlm kuliah sama, Prof Dato' menyerahkan assignment kami yg telah siap dinilai. Alhamdulillah, aku memperoleh gred A dengan markah yg agak memberangsangkan. Utk tugasan selepas ni aku akan buat lebih baik lagi, insyaAllah...

Aktiviti "Toastmaster Club" bermula buat pertama kalinya pada jam 2ptg. Mula2 kami terpinga2 dan tertanya2 gak, apa menda Toastmaster ni - bunyi cam roti bakar je! hehehe... Saspen gak bila nampak ramai mat saleh kat situ. Rupa2nya ia lebih kepada sesi public speaking utk meningkatkan self esteem kami sbg future leader. Utk slot Table Topic, 5 org Toastmaster Junior (kitorg la tu...) diminta ke hadapan sbg sukarela buat public speaking secara impromtu. Org pertama jadik mangsa ialah Mahindran, macha yg paling kecoh dlm geng kami... kesian dia jadik scape-goat. Lepas tu Kak Liza mem'volunteer'kan diri diikuti Kak Aliza dan Ckg Izam. Utk topik terakhir x de sape nak jd sukarela... tgk tajuk2 je dah cukup menakutkan! Tak semena2 kengkawan point kat aku... adusssss... tak berjaya nak melarikan diri nampaknya! Terpaksa jugak la aku melangkah ke depan kelas. Selepas sesi tu, evaluators terus memberikan komen dan teguran tentang penyampaian kami dari aspek content & grammar. Syukur, nampaknya komen positif diberikan kepadaku dalam kedua2 aspek... mmg tajam pengamatan mereka ni sbb salah seorg evaluators tu dapat mengesan bahawa aku merupakan seorg pendebat berdasarkan style dan hujah yg aku lontarkan. Bercakap di khalayak ramai dlm keadaan langsung tak bersedia mmg mendebarkan namun aku bersyukur dapat melaluinya hari ni... Alhamdulillah... Pun begitu yg paling mengagumkan aku ialah kesungguhan Rani & Hamit membuat komentar sebaik semua sesi berakhir. Bukan mudah berdepan audiens dan melontar idea secara spontan menggunakan Bahasa Inggeris pulak tu, namun mereka dapat melakukannya dengan baik sekali! Aku merasa sangat bangga dengan kedua2 org rakanku ini... Syabas kawan2!

Iftaar 1 Ramadhan aku sambut seorg diri. Suji dah balik ke Tangkak setelah diberi MC selama 3 hari oleh PPUM. Berbukapun ala kadar je... maklumlah orang bujang di perantauan. Suasana petang hingga malam agak sunyi tanpa room-mate. Alhamdulillah, dalam kesunyian tu Kak Gee (kakak sulung yg sedang sarat menanti hari kelahiran anak saudaraku) dan Hilmy (adindaku sayang) sudi menghubungi. Syukur ku kepadaNya kerana di celah2 kesibukan, aku masih diberi kesempatan menunaikan solat Terawih di sini.. Hari ni nampaknya aku masih perlu bersahur, berpuasa dan berbuka seorang diri di sini. Apapun, inilah keindahan Ramadhan bagiku dan segala puji bagiNya atas nikmat yang diberikan kepadaku sepanjang meniti 1 Ramadhan di sini... Alhamdulillahi rabbil 'alamin...

Wednesday, August 11, 2010

Ijtihad Ramadhan


  • Jagalah lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan kita;

  • Pelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

  • Kawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat;

  • Berusahalah menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang lagha;

  • Tinggalkan maksiat merupakan larangan kepada seluruh orang Islam sama ada ketika sedang berpuasa atau tidak;

  • Usah banyak tidur pada siang hari dan makan banyak pada malamnya. Bersederhanalah pada kedua-duanya untuk menyelami kejerihan lapar dan dahaga;

  • Kawal nafsu berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat dan elakkan pembaziran. Sebaik-baiknya adat makan adalah sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain;

  • Praktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur;

  • Sediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air;

  • Penuhi aktiviti malam dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Sunday, August 8, 2010

Salam Ramadhan


Masa terasa begitu pantas berlari meninggalkan jauh hari-hari semalam menjadi memori dan kenangan dalam kehidupan. Sedar tak sedar Syaaban telah semakin jauh ditinggalkan dan Ramadhan kian hampir menunjukkan wajah, mendekatkan kita dengan bulan ibadah penuh rahmah. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia dan masih diberikan kesempatan menghirup udara menikmati kehadiran bulan yang mulia. Tahun ni, aku menyambut kehadiran bulan Ramadhan bersama rakan-rakan di bumi Kuala Lumpur yang tak pernah tidur. Rasa sayu dan syahdu silih berganti menggigit tangkai hati tatkala mengenangkan keluarga yang jauh nun di selatan tanah air. Bukan tak pernah berjauhan dengan keluarga... cuma Ramadhan kali ini mengundang kesedihan dan kepiluan. Saban tahun pada bulan mulia ini, aku akan ke masjid bersama emak menunaikan sunat solat Tarawikh usai iftaar di rumah setiap hari. Ketika aku 'cuti syar'ie' pun, aku tetap menunaikan tanggungjawab menghantar dan menjemput emak pergi balik masjid dengan senang hati. Abah lebih senang ke masjid menaiki motorsikalnya... Di Masjid TSP, aku memang dikenali ramai terutamanya dari kalangan makcik2 yg rata2nya merupakan kawan2 merangkap anak2 murid mengaji emak. Kat TSP emak memang dikenali kerana emak merupakan seorang guru al-Quran. Aku pun tumpang glamer emak, dikenali oleh golongan warga emas ni sebab di mana ada emak, di situlah ada aku - anak bongsu perempuan la katakan... Rasa glamer pulak hehehe... Tahun ni, insyaAllah haluan emak akan berubah menjelang Ramadhan nanti. Ke surau Taman Pulai Indahlah destinasi emak ditemani abang Rafi yang menggalas tanggungjawab menggantikan aku sepanjang aku di sini. Ini merupakan kali pertama bagi banyak episod dalam kehidupanku : Kali pertama berpuasa tanpa abah, kali pertama emak menyambut Ramadhan di rumah yg kubeli hasil titik peluhku sendiri, kali pertama aku berpuasa di rantau orang selepas sekian lama berbakti di bumi kelahiran, kali pertama menyambut puasa sbg anak yatim (sedihnya)... Buat semua rakan yg sudi menjengah blog yg tak sepertinya ini, Selamat Menyambut Hadirnya Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mudah2an ibadah puasa ini memberikan kita kecekalan dan kesabaran dalam melalui kehidupan yg penuh pancaroba ini. Salam Ramadhan al-Mubaraq!