Seperti biasa, jadual petang Jumaat akan diisi dengan slot Seminar Siswazah anjuran pelajar Sarjana Kepengetuaan IPK, UM mulai jam 2.45 petang hingga jam 5.00 petang. Selalunya seminar ni hanya disertai oleh 60 orang pelajar IPK je tapi petang ni audiens agak ramai dan memang lebih hangat daripada biasa... opsss... Penyertaan penonton dari kalangan barisan pentadbir dari sekolah2 menengah sekitar daerah Petaling Jaya memberikan suasana yang agak berbeza kali ini. Pengisian seminar hari ni memang menarik. Wacana ilmu berbentuk forum yang dipengerusikan oleh Yg Bhg Prof Dr Datin Rahimah Hj Ahmad yang merupakan pensyarah penyelidik kanan IPK memang menarik. Ahli-ahli panel juga bukan calang2 orang - Encik Mazlan Muniran (Pengetua Victoria Institution), Puan Latifah (Pengetua SMK Aminuddin Baki), Puan Ann (Pengetua Convent Bukit Nenas) dan Puan Sri Halimah (Pengetua SMK Putrajaya Presint 11/1) berjaya menghidupkan suasana di Auditorium IPK.
Seminar bertajuk "Pengkategorian Sekolah : Harapan dan Realiti" mampu menjana pengetahuan sekaligus menyuntik semangat juang bakal pengurus sekolah untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Terkesima mendengar bagaimana sekolah2 kluster (VI dan CBN), sekolah berprestasi tinggi (SAB) dan sekolah harian (SMK Putrajaya) mampu menggapai kejayaan demi kejayaan dari peringkat nasional hinggalah ke peringkat antarabangsa dalam pelbagai arena. Seminar berakhir agak lewat (hampir jam 6 ptg) menyebabkan misi aku utk pulang ke JB terpaksa aku tangguhkan. Badan terasa lesu dan tak berdaya nak memandu meredah kegelapan malam seorang diri. Nampaknya esok seawal jam 3 pagi bolehlah aku mulakan perjalanan pulang ke bumi kelahiran menemui emak tersayang. Tak sanggup aku duduk hostel sorg2 hujung minggu ni... Bukan apa, bimbang episod 'banjir air mata' berulang kembali... Hehehe... Buat kengkawan seperjuangan, jangan lupa sediakan refleksi seminar tu utk dihantar next week, yea.. Jumpa lagi Isnin nanti... jaga diri!!
No comments:
Post a Comment