- Jagalah lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan kita;
- Pelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
- Kawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat;
- Berusahalah menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang lagha;
- Tinggalkan maksiat merupakan larangan kepada seluruh orang Islam sama ada ketika sedang berpuasa atau tidak;
- Usah banyak tidur pada siang hari dan makan banyak pada malamnya. Bersederhanalah pada kedua-duanya untuk menyelami kejerihan lapar dan dahaga;
- Kawal nafsu berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat dan elakkan pembaziran. Sebaik-baiknya adat makan adalah sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain;
- Praktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur;
- Sediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air;
- Penuhi aktiviti malam dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Wednesday, August 11, 2010
Ijtihad Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Niat tu memang nak praktikkan amalan yang baik dan tinggalkan amalan yang tak baik tapi hari ni je dah banyak buat dosa pada suami...sbbnya dia tak tolong kat dapur...hahaha...pasni nak melutut minta maaf..sbbkan baca blog Izan ni..td dik keran ingatkan kliza ..."kanda maafkan dinda ye"...
alhamdulillah, ada juga manfaatnya tulisan saya ni yea? ;) camtu la kehidupan kak.. selagi hidup "....berpesan2lah dgn kebenaran & berpsan2lah dgn kesabaran."
p/s : Kak liza, klasik la "kanda/dinda" tu kak... hihihi ;P
Tq izan, entri yg menyedarkan i tentang tanggungjawab sbg hamba Allah di muka bumi ni.
sama2 & bersaama2lah kita saling ingat-mengingati, hakimi. terima kasih sbb 'menyempatkan' diri menjengah ke sini. :)
well said dear
tq kengkawan!
Post a Comment