Boleh dikatakan minggu ni merupakan minggu yang agak memeningkan buatku. Minda terasa tepu dengan macam2 perkara... Menghampiri hari Jumaat, badan dah terasa lesu kerana masa tido yang tak menentu. Tak sabar rasanya menantikan hujung minggu - boleh la rileks sikit sambil2 menyudahkan beberapa assignments yang masih bersusun panjang tu. Setidak2nya aku skg dah boleh menghela nafas panjang sedalam2nya.. Maklumlah dua presentations yang memerlukan persediaan rapi dahpun aku lepasi. Terasa bertuah betul sebab berpeluang menjadi pembentang terawal dlm kalangan kengkawan untuk kedua2 paper yg mendebarkan perasaan. Sesi pembentangan kedua dahpun 'selamat' dilalui Rabu lalu dgn jayanya. Alhamdulillah... Sesi tersebut berjalan lancar dan persoalan2 kritis yang dikemukakan rakan2 berjaya menghidupkan perbincangan dan perdebatan. Tambah menarik bila diselitkan input2 berguna oleh Prof Dato' Dr Hussein dengan gelagatnya yang bersahaja. Di tengah2 kerancakan bertarung mengejar dateline assignments, aku masih sempat lagi buat part time - apa lagi kalau bukan menyibukkan diri dgn kerja2 penterjemahan... Maklum ajelah, raya dah dekat. Nak cari duit poket utk duit raya anak2 buah yg dah makin bertambah (kononnya! hehe..) Clients aku pun bukan org lain - kengkawan lama aku jugak. Macam biasalah.. ada yang mintak translate bahan utk PhD, kajian tindakan, artikel2 akademik dan yg membuatkan aku termenung panjang ialah bila menterjemah kertas cadangan perniagaan (Business Proposal) utk seorg kawan. Apa taknya, aku takde basic business atau accounting... jargon yg pelik2 yg digunakan mmg hampir2 membuatkan aku demam kura... dan akhirnya sebaik siap, punyalah aku hepi... rasa macam nak raya! So, untuk sesapa yg nak bagi aku apa2 projek pasni, kalau boleh jangaaaaannnlah gunakan Google Translation then pass kat aku utk aku betulkan balik. Abis tunggang langgang semua menda aku nak kena semak... tension beb! Buat masa ni aku terpaksa stop dulu translate men'translate' ni... Berasap kepala aku ni coz tak berenti2 bekerja. Hmmmm... It's time for me to lay back and relax.. ;P
2 comments:
Nak bagi paper work utk translate boleh? Berapa $$$? BI>BM satu BM>BI satu boleh tak? Tak urgent la, pas raye dlm 27.9.10 ni. boley la..^_^
Maaf la bebanyak eh.. skg sy tengah busy nak siapkan assignment sendiri. Semua nak kena submit naik raya nnt.Maybe next time ok?
Post a Comment