Alhamdulillah, lafaz kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya aku masih diberikan kesempatan menghela nafas dlm bulan Ramadhan kali ni... 1 Ramadhan telah berjaya dilalui dan memberikan kenangan yg sangat membekas dlm kotak ingatan. Buat rakan2 dan anak2 murid yg mengirimkan sms tanda ingatan, terima kasih aku ucapkan... Panjang betul senarai sampai ada yg tak sempat aku reply... maaf yea...
Semalam, seawal jam 4 pagi aku dah terbangun - tidak hanya sekadar berkobar2 menyambut hari pertama Ramadhan, tapi dok sibuk menadah air dek kerana putusnya bekalan air kat Kolej Tun Syed Zahiruddin ni. Dah masuk hari ketiga bekalan air masih belum pulih lagi... Sedih betul bila kepala paip aku buka, tak setitik airpun keluar. Nasib baik jugalah air tadahan semalam masih berbaki. Cukuplah utk bersugi dan berwuduk... dan sebaik selesai, aku bersahur seadanya. Syukur atas rezeki kurniaanNya hari ni. Alhamdulillah... Jam 4.45 pagi aku dan Sujirah melangkah ke blok Dewan Sri Tanjung. Lega betul rasanya bila mendapati bekalan air di sana tidak tergugat. Usai mandi dan berwuduk, kami pulang ke bilik dan bersedia menunaikan kewajipan sebaik azan Subuh berkumandang.
Aku melangkah ke IPK seorg diri pagi tu memandangkan Suji akan menghadapi pembedahan kecil 'menyelesaikan' masalah giginya yg sakit tu. Mudah2an segalanya berjalan lancar buat Suji. Kasihan melihat dia dok menahan kesakitan... Kelas Prof Dato' Dr Hussien memang aku tunggu2 dan sesi pembentangan Kak Salmah & geng memang superb! Macam lecturer... keyakinan mereka menunjukkan betapa well-preparednya kumpulan ni. Minggu depan giliran group aku pulak! Gulppp...! Dlm kuliah sama, Prof Dato' menyerahkan assignment kami yg telah siap dinilai. Alhamdulillah, aku memperoleh gred A dengan markah yg agak memberangsangkan. Utk tugasan selepas ni aku akan buat lebih baik lagi, insyaAllah...
Aktiviti "Toastmaster Club" bermula buat pertama kalinya pada jam 2ptg. Mula2 kami terpinga2 dan tertanya2 gak, apa menda Toastmaster ni - bunyi cam roti bakar je! hehehe... Saspen gak bila nampak ramai mat saleh kat situ. Rupa2nya ia lebih kepada sesi public speaking utk meningkatkan self esteem kami sbg future leader. Utk slot Table Topic, 5 org Toastmaster Junior (kitorg la tu...) diminta ke hadapan sbg sukarela buat public speaking secara impromtu. Org pertama jadik mangsa ialah Mahindran, macha yg paling kecoh dlm geng kami... kesian dia jadik scape-goat. Lepas tu Kak Liza mem'volunteer'kan diri diikuti Kak Aliza dan Ckg Izam. Utk topik terakhir x de sape nak jd sukarela... tgk tajuk2 je dah cukup menakutkan! Tak semena2 kengkawan point kat aku... adusssss... tak berjaya nak melarikan diri nampaknya! Terpaksa jugak la aku melangkah ke depan kelas. Selepas sesi tu, evaluators terus memberikan komen dan teguran tentang penyampaian kami dari aspek content & grammar. Syukur, nampaknya komen positif diberikan kepadaku dalam kedua2 aspek... mmg tajam pengamatan mereka ni sbb salah seorg evaluators tu dapat mengesan bahawa aku merupakan seorg pendebat berdasarkan style dan hujah yg aku lontarkan. Bercakap di khalayak ramai dlm keadaan langsung tak bersedia mmg mendebarkan namun aku bersyukur dapat melaluinya hari ni... Alhamdulillah... Pun begitu yg paling mengagumkan aku ialah kesungguhan Rani & Hamit membuat komentar sebaik semua sesi berakhir. Bukan mudah berdepan audiens dan melontar idea secara spontan menggunakan Bahasa Inggeris pulak tu, namun mereka dapat melakukannya dengan baik sekali! Aku merasa sangat bangga dengan kedua2 org rakanku ini... Syabas kawan2!
Iftaar 1 Ramadhan aku sambut seorg diri. Suji dah balik ke Tangkak setelah diberi MC selama 3 hari oleh PPUM. Berbukapun ala kadar je... maklumlah orang bujang di perantauan. Suasana petang hingga malam agak sunyi tanpa room-mate. Alhamdulillah, dalam kesunyian tu Kak Gee (kakak sulung yg sedang sarat menanti hari kelahiran anak saudaraku) dan Hilmy (adindaku sayang) sudi menghubungi. Syukur ku kepadaNya kerana di celah2 kesibukan, aku masih diberi kesempatan menunaikan solat Terawih di sini.. Hari ni nampaknya aku masih perlu bersahur, berpuasa dan berbuka seorang diri di sini. Apapun, inilah keindahan Ramadhan bagiku dan segala puji bagiNya atas nikmat yang diberikan kepadaku sepanjang meniti 1 Ramadhan di sini... Alhamdulillahi rabbil 'alamin...
2 comments:
Izan, saya suka baca blog Izan cuma tak pernah nak tulis komen sebab tak tau apa yang nak ditulis. Saya suka cara Izan menulis. Sangat santai dan terbuka. Saya ucapkan selamat untuk apa juga yang Izan lakukan. Dan seperkara yang penting, saya sangat setuju tentang budi bahasa tu. Setinggi mana ilmu kita kalau budi bahasa tiada, kita tetap sama macam orang yang tiada ilmu. Teruskan menulis Izan. (Suhaila)
Terima kasih Sue..
Post a Comment