Saturday, August 21, 2010

Bertamu di Kalbu

Semalaman aku tak dapat melelapkan mata. Puas sudah rasanya aku pujuk diri agar lena dibuai mimpi tapi tetap tak berjaya. Pusing kanan, toleh kiri, menelentang, meniarap semuanya serba tak kena… serba tak selesa. Terasa ingin bingkas dari katil tapi aku tahankan je. Lazimnya aku akan bangun solat memohon diberikan ketenangan, tapi memandangkan aku ‘cuti’ skg ni akupun tak tau apa yg nak dilakukan. Akhirnya aku matikan diri dan bermuhasabah sendiri. Kenapa agaknya aku jadik camni? Hmmm... nilah akibatnya memendam perasaan yang membuak2 datang bertamu dan bermukim di kalbu.

Rindu… perasaan penuh seni mula beraja di sanubari dan kerinduan itulah yang menyebabkan aku jadi begini. Rindu… pada siapa? Pada emak yang jauh dan sentiasa melekat di hati – itu sudah pasti. Lebih2 lagi sebab minggu ni aku tak balik JB. Rindukan Aiman, adik bongsu yg setia menjadi ‘bodyguard’ tak bergaji. Rindu pada keletah manja Adam & Wawa serta Anas anak saudara baru yg masih belum lagi kutemui. Merindui Juspine & Peter yg jauh di Bumi Kenyalang juga Kak Rosni di Negeri Bawah Bayu. Rindukan Kak Aya, Kak Faridah & rakan2 seperjuangan di Kulaijaya dan anak2 didik yg jauh di mata. Juga merindukan dia – insan yang sentiasa dekat dalam ingatan meskipun sepanjang minggu ni tiada secebis perkhabaran dititipkan (mudah2an dia akan sentiasa bersamaku...) Sesungguhnya rindu itu adalah anugerahNya yang amat bermakna dan amat aku syukuri. Salam penuh kerinduan dan salam ingatan berpanjangan buat kalian… Semoga hari2 yang dilalui sentiasa diwarnai keceriaan dan kebahagiaan. Salam Ramadhan...

6 comments:

Shrydar Ain said...

Zan,
Rindulah wahai sang perindu,
Rindulah pada yang berhak dirindu,
Namun usah dirindu pada bulan yang satu,
Kerana belum tentu rembulan itu juga rindu padamu.

Kengkawan said...

i rindu u tooo

Zahizan Hasrin said...

kengkawan :
izan selalu rindukan andak... :(

Zahizan Hasrin said...

Shrydar Ain :
Terima kasih atas ingatan,
menyentak aku dari khayalan,
rembulan jauh dari pandangan,
tidak terjangkau di balik awan.

meski hari merengkuh duka,
orang jauh ku kenang tiada,
takkan ku izin hati terluka,
bukan untuk kali kedua...

Hakimi Md Nor said...

dah lama i tak jengok blog u dah banyak yg u tulis that i missed kan? sorry coz i memang busy lately.. tak sangka u pun ada bakat tulis pantun2 ni. jgnlah dirindu pada org yg tak sudi tu izan. buang karen je. i ni u tak rindu ke? (gurau je, tp kalau betol pun ok apa ha..ha..)

Zahizan Hasrin said...

Thanks Hakimi atas kesudian menjengah ke sini. Salam persahabatan ;)