Masa terasa begitu pantas berlari meninggalkan jauh hari-hari semalam menjadi memori dan kenangan dalam kehidupan. Sedar tak sedar Syaaban telah semakin jauh ditinggalkan dan Ramadhan kian hampir menunjukkan wajah, mendekatkan kita dengan bulan ibadah penuh rahmah. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia dan masih diberikan kesempatan menghirup udara menikmati kehadiran bulan yang mulia. Tahun ni, aku menyambut kehadiran bulan Ramadhan bersama rakan-rakan di bumi Kuala Lumpur yang tak pernah tidur. Rasa sayu dan syahdu silih berganti menggigit tangkai hati tatkala mengenangkan keluarga yang jauh nun di selatan tanah air. Bukan tak pernah berjauhan dengan keluarga... cuma Ramadhan kali ini mengundang kesedihan dan kepiluan. Saban tahun pada bulan mulia ini, aku akan ke masjid bersama emak menunaikan sunat solat Tarawikh usai iftaar di rumah setiap hari. Ketika aku 'cuti syar'ie' pun, aku tetap menunaikan tanggungjawab menghantar dan menjemput emak pergi balik masjid dengan senang hati. Abah lebih senang ke masjid menaiki motorsikalnya... Di Masjid TSP, aku memang dikenali ramai terutamanya dari kalangan makcik2 yg rata2nya merupakan kawan2 merangkap anak2 murid mengaji emak. Kat TSP emak memang dikenali kerana emak merupakan seorang guru al-Quran. Aku pun tumpang glamer emak, dikenali oleh golongan warga emas ni sebab di mana ada emak, di situlah ada aku - anak bongsu perempuan la katakan... Rasa glamer pulak hehehe... Tahun ni, insyaAllah haluan emak akan berubah menjelang Ramadhan nanti. Ke surau Taman Pulai Indahlah destinasi emak ditemani abang Rafi yang menggalas tanggungjawab menggantikan aku sepanjang aku di sini. Ini merupakan kali pertama bagi banyak episod dalam kehidupanku : Kali pertama berpuasa tanpa abah, kali pertama emak menyambut Ramadhan di rumah yg kubeli hasil titik peluhku sendiri, kali pertama aku berpuasa di rantau orang selepas sekian lama berbakti di bumi kelahiran, kali pertama menyambut puasa sbg anak yatim (sedihnya)... Buat semua rakan yg sudi menjengah blog yg tak sepertinya ini, Selamat Menyambut Hadirnya Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mudah2an ibadah puasa ini memberikan kita kecekalan dan kesabaran dalam melalui kehidupan yg penuh pancaroba ini. Salam Ramadhan al-Mubaraq!
No comments:
Post a Comment