Secara peribadi, Pn Hjh merupakan insan yang amat aku kagumi – kredibilitinya sebagai pengetua, sifat keibuan dan kekuatan yg ada padanya.. membuatkan rasa hormatku padanya tak pernah berkurangan. Ketika aku mengikuti program NPQEL tahun lalu, aku sering menemui beliau setiap kali membuat kunjungan ke SMKKS menemui Cikgu Ismail Yatim untuk berbincang menyiapkan portfolio sandaran. Nasihat2 beliau agar aku tabah menghadapi cabaran dunia pendidikan dan dorongannya agar aku terus bijak mengatur langkah membina kerjaya akan ku ingat sampai ke hujung usia. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. Aku berdoa semoga ditemukan jalan penyelesaian dan kemelut ini tidak lagi berterusan. Buat Puan Hajah Siti Inshah bt Mansor, mudah2an beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang. Kepada bekas2 pelajar yang cikgu kasihi, jangan cepat melatah dan menangguk di air yang keruh. Bertenanglah… Buat rakan2 seperjuangan yang sama2 mengenali beliau, sama2lah kita berdoa untuk kebaikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Al-Hujarat 49:6)
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya”
[Al-Isra’ 17:36]
6 comments:
sangat panas... tapi yakinlah Allah bersama orang yang benar.
Betul andak, izan setuju tu. Sesungguhnya janji Allah itu benar..
semoga pn hjh siti inshah tabah menghadapi dugaan. Insyaallah Ramadhan menjanjikan kemanisan kepada umatnya yang bertakwa.
Amin... betul kak aya, banyak dah budi yang ditaburkan beliau sepanjang perkhidmatan selama ni. Mudah2an beliau tabah menghadapi mehnah Ramadhan kali ni..
Bukan ke ni cikgu besor yg dok hangat kat tv tu hari & dimaksudkan dlm lagu 'namewee' tu? Fuyo, 'unsangkerable' la ko kenal cikgu besor ni. Apa citer tbaru ek? Update la kes tu sket,z.....
Yup, betul ni la org yg dimaksudkan. kesian coz pengetua ni baik & berdedikasi orgnya. Citer baru? Tak taulah coz x sempat nak update pkembangn tkini. Bizi la skg ni.. :(
Post a Comment