Menulis merupakan satu terapi minda yang sangat berkesan buat aku. Selain berupaya mengurangkan tekanan dan meleraikan kekusutan fikiran, aktiviti ini merupakan satu wadah terbaik bagiku utk mencurahkan apa jua yg terpendam di sanubari menerusi bicara bisu di alam maya yang kelu kaku ni... Sepanjang minggu ni banyak perkara berlaku dlm hidup aku...
Isnin (9 Ogos 2010) :
Jadual kelas telah dipinda dari jam 9 pagi ke pukul 2 petang sempena Ramadhan yang bakal menjelang. So aku memulakan perjalanan pulang ke KL dari JB seawal jam 5 pagi lagi. Aku berenti kejap utk solat subuh di Pagoh dan terus amek Suji kat Tangkak sebelum meneruskan perjalanan sampai kami selamat tiba di hostel. Setibanya di kelas, aku dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Kak Siti Faridah sehari sebelumnya. Kemalangan yang meragut nyawa salah seorg anak kembar perempuan Kak Siti yang berusia 13 tahun memang menyedihkan. Suaminya terlantar di hospital dan telahpun selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, meskipun cedera, keadaan Kak Siti stabil. Kami sentiasa mendoakan agar Kak Siti tabah menghadapi dugaan ini dan aku tumpang merasa sedih dan dukacita atas apa yang berlaku apatah lagi di saat Ramadhan kian menghampiri. Al-Fatihah...
Selain Kak Siti, beberapa rakan turut terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mahindran terlibat dalam insiden kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri kuliah begitu juga Kak Hariani. Aku sendiri pun terlibat dengan kemalangan kecil hari tu... Hmmm.. ternyata darah kami memang 'manis'. Buat rakan2 sentiasalah kita berhati2 dalam apa jua yang dilakukan. Malang tidak berbau.
Selasa (10 Ogos 2010) :
Pagi2 lagi aku dan Suji dah bangun.. Air masih lom ada lagi sejak semalam. Hmm.. susah ati btol dibuatnya. Takkan nak mandi koboi ala2 P Ramlee kot! Nasib baik ada alternatif bijak yang difikirkan. Apa strategi kami? Rahsiaaaaa... hehehe... Nasib baik kuliah hari tu bermula jam 2 petang. Sempatlah aku & Suji ke pejabat PTPTN di Damansara Heights berjumpa pegawai berkenaan kat sana. Parking punyalah susah. Nasib kami agak baik sebab pak guard sudi membantu mendapatkan parkir kat Wisma Chase Perdana tu. Syukur, alhamdulillah... Mudah2an Allah memudahkan urusan pakcik tu nanti. Amin.. Kuliah Dr Sailesh agak suram disebabkan ketiadaan Kak Liza kerana beliau kurang sihat. Kelas yang sedia senyap kian sunyi coz xde sape sudi berdebat dengan pensyarah dari India tu. Semuanya pakat2 khusyuk, tawadhuk, tunduk, tidoq dan tersengguk2... Iyekan ajelah kata2 Dr tu yea... hehehe...
Rabu (11 Ogos 2010) :
Aku gembira kerana Kak Liza telah memulakan sesi penulisan blog kerana terpengaruh dengan aku (katanya hahaha...) Ahlan wasahlan ke alam blogging kak. Yang lain2 tu, tak perlu aku ceritakan sebab kisah panjang lebarnya telah aku nukilkan awal pagi tadi dalam entri sebelum ni... :P
Khamis (12 Ogos 2010) :
Sebaik berakhir presentation kumpulan Kak Bani bersama Cikgu Amil & Kak Hanis semasa kelas Dr Zuraidah, suasana bertukar hangat. Isunya? Hanya kerana pembentangan memakan masa yang panjang. Aku tanak mengulas apa yang berlaku, cuma aku sentiasa percaya bahawa dalam apa jua situasi yang kita depani, tatasusila hendaklah sentiasa dijunjung tinggi. Budaya saling menghormati dan tuturkata yang dilontarkan secara hikmah dan berhemah menunjukkan tingginya budi bahasa kita. Takpelah kalau dikatakan aku ni skema (mungkin jugak kot!), pada aku yg tua hendaklah sentiasa kita hormati dan yg muda perlulah kita kasihi... Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi; yang indah itu bahasa, yg elok itu budi. Apapun aku respect cara Dr Zuraidah yang tenang menguruskan ketegangan tadi kerana memang ternyata benar apa yang arwah abah selalu kata - ular menyusur akar takkan hilang bisanya...
Semua peristiwa yang berlaku ni aku catatkan sebagai jurnal perjalanan utk aku meniti hari2 di IPK UM ini. Satu hari kelak, bila aku dah tua atau mungkin tiada lagi di dunia fana ini, aku mengharapkan catatan ini mampu menggamit memori rakan2 untuk kembali menoleh ke belakang dan tertawa bila ada kelucuan menyapa dan mengenang aku sebagai seorang yang pernah singgah seketika dalam kehidupan kalian. Kalian semua adalah insan2 istimewa di hati ini (tak kira rakan yang nyata mahupun sahabat di alam maya) dan takkan aku lupakan selagi hayatku di kandung badan... Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan...
6 comments:
Izan yang Sue kenali adalah seorang kawan yang sangat berbudi bahasa dan penyantun, bukan skema. Sue bertuah mengenali Izan sebagai sahabat Sue. Semoga Izan bertemu dengan kebahagiaan yang dicari-cari. Sue selalu mendoakan kebahagiaan Izan dalam semua aspek kehidupan. Salam rindu. (Sue/Suhaila)
Alhamdulillah & amin... Izan pun bertuah mengenali Sue. Mudah2an kita berjaya meniti kehidupan dgn penuh ketabahan. Tq & Salam rindu dari Izan buat Sue juga. Take care! ;)
Dalam kehidupan ada warnanya...setiap hari akan ada warna yang berbeza yang pasti...jangan biarkan warna yang suram n kelam mewarnai hidup kita..apa pun tabahkan hati mu dik..itulah kehidupan yang mematangkan....(p/s jgn pakai warna merah...nanti lembu marah hehehe)
Sebab tu buku nota saya berkaler2 kak! Hehehe... sbg menifestasi bahawa life is colourful.. terima kasih kak liza. teruskan menulis blog tau nanti sy komen banyak2! ;)
p/s : Alamak.. nak kena balik tukor baju ke ni? Merah tu tanda berani la kak..ahaksss!
Nape ending tu len macam jek bunyiknya, Z??
Lain macam yg macamana tu agaknya yea, ms anonymous? hehe... :)
Post a Comment