Minggu ni perkarangan kampus Universiti Malaya agak padat dan sesak. Hampir segenap ruang universiti tertua negara ini dipenuhi tetamu dari dalam dan luar negara. Sepanjang minggu ni, saban pagi tatkala aku memandu melalui kawasan kampus untuk ke IPK, mata seolah2 terpaku tatkala melihat barisan graduan berbaris panjang di depan Dewan Tunku Canselor untuk majlis graduasi @ konvokesyen. Teringat pulak kenangan konvokesyen aku sendiri di USM, Penang 10 tahun yang lalu... Isnin lalu aku berpeluang menemui rakan2 senior yang berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan yang sama dalam Majlis Graduasi Sarjana Kepengetuaan yang diadakan di Bangsar. Dalam majlis tu, sekali lagi aku ditugaskan sebagai pengendali acara (MC) - dah kena cop tetap dan berpencen la ni nampaknya...
Entah kenapa hari tu perasaan aku tak keruan, rasa gementar pulak tiba2 mengganggu ketenangan hati. Mana tidaknya, penyelarasan perjalanan majlis masih tak selesai2 sehingga ke detik akhir majlis berlangsung. Bimbang mencacatkan majlis orang, tak senang duduk aku dibuatnya. Syukur... khidmat pesanan ringkas (sms) sahabat maya nan seorang itu berjaya memujuk hati ini dan meredakan kebimbangan (terima kasih atas doa yang dititipkan). Nasib baik juga aku dikelilingi sahabat2 yang banyak membantu. Kerjasama Kak Ros, Kak Rabiatul, Kak Bani, kak Zaina, En. Harith dan Sujirah banyak membantu melicinkan perjalanan majlis. Sebaik menerima senarai nama graduan cemerlang bagi sesi 2009/2010, aku merasa amat kagum dan teruja... 24 orang disenaraikan sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang Sarjana Kepengetuaan kali ni... dan aku bertuah kerana nama2 penerima anugerah tu aku yg baca dan umumkan. Terdetik jugak pertanyaan di hati ni, mampukah aku menjadi cemerlang seperti mereka nanti? InsyaAllah aku akan berusaha sedaya upaya dan andai ada keizinan Yang Maha Kuasa, tak mustahil impian boleh menjadi nyata.
Sesungguhnya, walaupun langkah agak terbatas kerana batch kami tidak diberikan biasiswa sebagaimana pelajar tahun2 sebelumnya akibat kemelesetan ekonomi negara, hadiah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa yang diberikan oleh KPM akan dimanfaatkan sebaik2nya. Jom kengkawan.. kita buktikan bahawa harapan ini bukan sekadar khayalan. Sekali bara kita genggam, biar sampai jadi arang!! Kita Boleh!!!
No comments:
Post a Comment