



Setelah sekian lama aku merancang untuk bercuti di bumi kenyalang akhirnya cita2 ku tercapai jugak.. Pertemuan sahabat baikku Juspine memang dah lama aku rencanakan. Rindu betul aku pada keletah sahabat nan seorang tu. 20 Disember 2010 aku 'terbang' ke Sarawak dengan pesawat Air Asia seorang diri. Ramai betul orang kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai menuju ke destinasi yang sama dengan ku. Penerbangan lancar memudahkan perjalanan ke sana. Ketibaanku di Lapangan Terbang Kuching disambut mesra oleh Juspine dan Bonny. Turut serta ialah adik Phine yang sangat ramah mesra, Meg dan Aa, anak saudaranya yang comel. Aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Hotel Harbour View, Kuching. Disebabkan Bonny akan ke India keesokan harinya, Phine 'mengutuskan' Meg untuk menemani aku di Kuching. Menarik sekali bila Meg membawa aku berjalan hampir 2.5 km menyusuri Carpenter Street dan Kuching Waterfront menikmati keunikan budaya dan pemandangan indah bandaraya pada waktu petang. Hari kedua aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Jong's Crocodile Farm yg terletak di Siburan. Banyak betul buaya yang ada kat situ. Paling menarik ialah fosil buaya lagenda Sarawak iaitu Bujang Senang yg dipamerkan di situ.. Besor betul Bujang Senang tuuuu... Hari ketiga Phine & Aa membawa aku jauh ke Santubong melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak. Aku sangat2 teruja berada di sana. Berpeluang mengenakan pakaian etnik Iban, aku tak melepaskan peluang melaram dan bergambar dengan Phine yg mengenakan pakaian Orang Ulu. Tak puas rasanya bergambar dilatari oleh keindahan Gunung Santubong di celah2 rintikan hujan yang menyambut kehadiran kami di sana.. Hari terakhir di sana, aku bawa oleh Phine, Helen & Aa ke bandar Kuching dan bergambar sepuas2nya di sekeliling bandar Kuching seterusnya ke The Spring menikmati enaknya mi kolok. Indahnya kenangan di Sarawak takkan ku lupakan sampai bila2.. Keramahan, kemesraan dan layanan yg sangat baik oleh Phine sekeluarga akan aku sematkan di sanubari yg paling dalam. Terima kasih semua.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan kembali berkunjung ke sana.. Miss u all!!





























Khamis tanggal 28 Oktober lalu, aku menyertai satu lawatan yg dikendalikan oleh IPK, UM ke Putrajaya. Lawatan ini merupakan satu daripada program khas di bawah penyeliaan Dr Suriamoorthy a/l Kannan bagi subjek YXGA 6106 - Pengurusan Kurikulum dan Pedagogi. Seramai 60 orang pelajar mengikuti program lawatan ke Bahagian Perancangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Di BPK, sambutan mesra Pengarah BPK dan para pegawai menanti kami. Dihidangkan dengan nasi lemak dan nescafe panas yg enak, sesi perbincangan rancak dijalankan. Antara yg menarik ialah perkongsian maklumat KPM yg bakal melancarkan KSSR pada tahun 2011 iaitu bagi anak2 yg akan menjejakkan kaki ke tahun satu tahun hadapan.
Selesai sesi di BPK, Putrajaya kami menuju ke Bahagian Tajaan, KPM di Cyberjaya pulak. Nak tau jugak perihal peruntukan RM576 juta bagi biasiswa bagi guru2 yg melanjutkan pelajaran sbgmana yg diumumkan oleh PM sempena belanjawan 2011 yg lalu. Kedatangan kami disambut oleh Puan Zalina dan Encik Azlan, dua orang pegawai unit biasiswa yang sangat2 mesra dan prihatin dgn program Sarjana Kepengetuaan yg kami ikuti ni. Kalau ikutkan rentak suara dan ritma kata mereka, aku rasa kami akan berjaya memperoleh biasiswa utk meneruskan pengajian ni (dah jadik mak belalang pulak laaa... hehe). Maklum la.. biasiswa kami telah dibekukan pada tahun 2010 disebabkan kegawatan ekonomi dan mujur juga pengajian dapat kami teruskan atas ihsan pihak IAB yg bersedia menaja yuran pengajian kami di IPK ni. Apapun aku amat bersyukur atas rezeki yg diberikanNya kepada kami. Buat kengkawan sepasukan dan seperjuangan, mudah2an rezeki kita akan semakin murah dan laluan kita menjadi semakin mudah selepas ni.. Amin Ya Rabbal Alamin...






