Wednesday, July 31, 2024

Jejak Kasih Sayang

Meskipun minggu ni aku dikelilingi banyak rutin yang menyesakkan dada, aku sangat bersyukur kerana ditemukan insan-insan hebat yang sangat memberi erti dalam mewarnakan kehidupanku. Bila acapkali bertemu mata dengan rakan-rakan lama yang pernah memercikkan pelbagai tona warna dalam kanvas hidupku, aku merasa bertuah dan amat bersyukur kerana dikelilingi mereka. 

Menyingkap tabir minggu ini dengan pertemuan bersama Linda, sahabat baik semasa kecilku, perjumpaan semula dengan rakan taulan yang pernah seiring melangkah sebagai PK Pentadbiran di Hostel KSL memang mengujakan. Hari ini pula, asbab pertandingan kawad kaki yang diadakan di Medini, aku berpeluang bersua kembali sahabat handai yang sangat akrab dalam hatiku.

Seawal pagi aku menunggu kehadiran Marziah, sahabat baik sejak mula aku menuntut di SM Teknik JB dahulu. Kami bukan rakan sekelas sebaliknya belajar di kelas bersebelahan. Cuma, kami pernah sama2 menjadi outsider sebelum aku memilih untuk tinggal di asrama. Selepas SPM, Marziah melanjutkan pengajian ke USA manakala aku ke Ting 6 di EC. Sepanjang pengajian Mar di negara Uncle Sam itu, kami berutus surat sehinggalah Mat kembali ke tanahair. Alhamdulillah, Mar ke USA aku pula ke USM.. hihi.. Tak lama kemudian kami berjumpa semula sementelah aku juga akhirnya beralih kerjaya menjadi guru Bahasa Inggeris seperti Mar. Alhamdulillah.. 

Selain Marziah, pertemuan dengan rakan2 yang pernah sebumbung bertugas di Tasek amat membahagiakan jiwa. Bertemu Cikgu Sarah, Cikgu Suhaimi, Cikgu Juraida, Cikgu Azim, Cikgu Ashikin, Cikgu Alin & Cikgu Anis sememangnya mengubat kerinduan ku yang menggebu kepada Tasek. Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi kesempatan bertemu mata dengan mereka yang amat ku kasihi..

Ya Allah Yang Maha Mengasihi.. jagalah sahabat-sahabat ku dalam limpah kasih sayangMu. Peliharalah mereka dan kasihanilah mereka.. aku sayang semua sahabatku keranaMu.. Salam kasih sayang berpanjangan buat sahabat-sahabat kesayangan di mana juga kalian berada.. ❤️



Tuesday, July 30, 2024

Damai Bumi STF


Minggu ni agak melelahlan dengan jadual yang padat, program di luar sekolah dan persiapan menjelang Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang mendebarkan. Tambahan pulak kesihatan Ain dan Mak yang turun naik minggu ni. Ulang alik ke klinik membawa insan-insan kesayangan tetap dilaksanakan di celah-celah keterbatasan ruang waktu yang ada. Tanggungjawab perlu aku dahului sebelum diri sendiri. Alhamdulillah, Allah permudah perjalanan kehidupan ku saat ini.

Hari yang ditunggu akhirnya muncul juga. Pagi ini dengan penuh debaran aku memandu tenang ke Sekolah Tun Fatimah menghadiri DP bersama big boss Tuan PPD. Asbab kegagalan mencetak bahan semalam, pagi tadi aku sempatkan diri menyinggah ke sekolah. Alhamdulillah, syukur.. bantuan orang kanan ku Hajah Hazizah telah memudahkan urusan ku hari ini. Sebaik siap, aku meninggalkan perkarangan sekolah dengan kekuatan hati yang masih bersisa. Akupun tak faham, kenapa debaran ku terasa lain macam kali ni. Selama ni suruh je aku berdiri di hadapan dan buatlah apapun pembentangan, itu bukan masalah besar bagi ku. Tapi kali ni.. mengada betul Zahizan. Haishhh..

Alhamdulillah akhirnya DP berjaya dilalui dengan baik. Dah takdir.. berdebar macam nak rak.. tapi tak pulak aku terpilih membentang tadi walaupun pada asasnya aku memang dah sedia. Apapun, terima kasih Allah mempermudah tugasku hari ini Esok ada pertandingan kawad kaki GO pulak.. dah malam.. jom tido. Jangan ngigau berkawad sudahlah! Hihi..

Sunday, July 28, 2024

Menjejak Kasih Sahabat

28 Julai 2024 : Hari Konsultasi SMK Medini memberi peluang kepada ibu bapa berbincang bersama para guru dan pihak sekolah tentang perkembangan semasa anak-anak Medini dalam pelbagai lapangan.

Istimewanya, Hari Konsultasi kali ini menemukan aku dengan sahabat baikku yang telah lama terpisah. Pertemuan dengan rakan sekelas darjah 3 Delima di SK Panglima Adnan, Port Dickson, Linda Amran amat mengharukan dan menggamit pelbagai perasaan. Kenangan berjalan kaki ke sekolah bersama dari Kg Bagan Pinang, kemudian sama-sama pula menaiki trak dari Kem Garison (setelah keluarga kami berpindah ke kem tentera) berpuluh tahun yang lalu seolah-olah baru saja berlalu..

Terima kasih sahabatku Linda kerana sudi singgah & menyuntik kegembiraan sepanjang hari ini buat diriku. Nanti bila-bila free kita ngeteh sama ya 🥰🌹 

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

Friday, July 26, 2024

Izan, Zack, Adik,.Izang, Izey?

Dalam kalangan keluarga yang lebih tua, aku lazimnya dipanggil Adik. Mungkin jarak usiaku dengan adik-adik kembar yang agak jauh menyebabkan mak dan abah memanggilku begitu. Sebenarnya aku malu bila dipanggil adik. Yalah.. dah besar panjangkan.. Dulu, kalau rakan sekolah datang bertandang ke rumah, pasti aku bisikkan kat mak.. jangan panggil Adik tau mak.. sudahnya mak panggil nama penuh terus.. Zahizan binti Hasrin!!! Hamekkkk.. 🤣🤣

Sebagai anak pegawai tentera, aku dibesarkan di pelbagai tempat dan belajar di beberapa buah sekolah sepanjang hidupku. Semasa di sekolah rendah, aku masih ingat lagi, dalam kelas 4 Delima (SK Panglima Adnan PD) ramai sahabat sekelas mempunyai nama seakan sama bunyinya. Zahizan, Shamizan, Norazizan.. so untuk membezakan kami Cikgu Nornikman beri nama panggilan buat kami ~ Z, Sam & Jijan. Sejak itu rakan2 di Port Dickson mengenali aku sebagai Zack (Z). 

Sebaik abah bersara, kami kembali ke selatan tanah air dan aku memulakan tingkatan 3 di SMK Skudai. Dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan sekolah di Johor pula aku lebih dikenali sebagai Izan. Jiran tetangga di Taman Sri Pulai memanggilku Angah (almaklumlah aku kan anak kedua). Kalau sesekali balik berakram dengan makcik2 di TSP, Angah lah panggilan manja ku dalam kalangan team HELWA masjid di sana hihi..

Tatkala menimba ilmu di menara gading usai tamat Tingkatan 6 aku berkelana di  USM Penang. Semasa di tahun dua, aku ditempatkan bersama dua orang rakan mahasiswa . Seorang dari Terengganu dan seorang lagi dari Kelantan. Aiza memanggilku Izang manakala Samila memanggilku Izey. Acapkali jugalah aku membetulkan.. IZAN... kataku 🤣

Tiba2 teringat pula kenangan memulakan zaman persekolahan darjah 1 di SK Angkatan Tentera.. aku tak tahu nama sendiri 😅🤣 takpelah nanti aku nukilkan di coretan yang lain pula.. haiii kalaulah Zahin Syaqireen tahu kisah mummy mesti dia geleng kepala.. Zahizan, Izan, Z, Angah, izang, Izey sebenarnya merujuk insan yang sama..aku la semua tu 😂 Tak kisahlah, panggilah apapun asalkan membawa maksud yang baik kerana nama merupakan doa dari seseorang buat kita 🌹🥰


Thursday, July 25, 2024

Aku dan Kopi O Ais

 Entah sejak bila aku punyai hubungan akrab dengan ais aku pun tak ingat. Ikut kata emak, semenjak dalam kandungan mak aku dah menunjukkan tanda sukakan air batu. Kata emak lagi, sewaktu mengandungkan aku mak dan ais berpisah tiada. Rupanya keadaan itu terus kekal bersama sehingga kini. Hujan, panas, ribut atau taufan, ais memang tak boleh terpisah daripada manusia bernama Zahizan ini.. Cuma mutakhir ini, bila aku batuk je.. aku jauhkan sikit ais daripada ku. Sikit je tau.. tak boleh betul aku dipisahkan dengan AIS.

Bila sebut tentang minuman kegemaran, selain air tembikai aku memang paling tak boleh berpisah dengan Kopi O Ais. Kenapa? Aku tak pasti. Sejak bila aku sukakan minuman tersebut? Pun tak dapat aku jawab. Yang pastinya, setiap tegukan Kopi O Ais yang meluncur nyaman di kerongkong seolah-olah membawa semangatku bersama. Setiap titis Arabica Robusta memberi nikmat yang bukan kepalang.. syahdunya...

Nikmat minum segelas Kopi O Ais memang mengasyikkan. Aromanya yang memikat di samping rasanya yang pekat melekat, menzahirkan satu kepuasan yang sukar diungkap.  Mungkin juga kedinginan kopi penghilang dahaga ini turut membawa bersama kekuatan untuk aku bekerja tatkala ku nikmati bersama juadah sarapan pagi.. Dapat pulak sepinggan mi goreng basah dengan telur goyang.. Fuhhhh.. dahsyat penangannya tu! Jadi, nikmat apa lagi yang nak didustakan? Eh.. tiber.. Dahlah, jom ngopi!!



Tuesday, July 23, 2024

Stealing the Light

There were few moments in my life where I thought that my voice is just not enough to be heard. It was quite hurting and the bitter, uneasy truth  upon circumstances faced. At the same time it is somehow fading my confidence to stand straight without leaning against other's decision. When people asked for a view, opinion or even decision  (via online  group usually) I sometimes asked myself whether they are really asking me because they need my real answer.. or they just ask for the sake of asking while they had all the answers for all the questions in their hands?

Working in a team can somehow gives me quite a pressure too, especially when I felt that someone steal the whole attention of decision making, even without them realising.. perhaps being sensitive is not a crucial issue but when people started to not seeing your existence, it is a red flag for me.  As a leader this is really a great pressure I had to deal with. Sigh! I could be indecisive at some stake, but it doesn't mean that I am an uncertain person to decide. Excuse me, give me my way and don't stand in between of the light! Period.

Not that I try to act bossy or wanted everything to be under my control, but when the decision has been pre-made or pre discussed behind my back it was just like pouring salt onto the wound ~ it sucks! It is really irritating and annoying when you become the last person to be referred to in ANY situation. I don't even know the best way to put the frustration I felt in words because it's really HURTING me and jeopardizing my peace at once. Indeed, feeling is the language of the soul..

O Allah help me to overcome this uneasy feeling and grant me patience to face all challenges in life... Aamiin. KepadaMu aku berserah 🥺

Saturday, July 20, 2024

Don't Get Me Wrong, Mate!

Stepping into different career path is one of the hugest challenges I opted upon deciding to change my own direction and mind set about life. Although I try my very best to live life at the fullest, I have to embrace whatever happens in between the journey of success courageously. There is absolutely no turning back for me..

One of the biggest challenging experience is when I need to deal with my own feelings. As a human, I have to accept the fate of being tested in every perspective. Confronting sceptical ideas of those who have negative connotation especially those who look down on single people's capability of leading an organisation is such an unfair judgement. To be frank, as I am in the same boat, I could really feel the heat of being sinically judged and being soaked (or drained 😱) in the hot tub! 

On the other hand, at some point it is really embarrassing when people acknowledge me as if I had done wrong in their life! Struggling to breath fresh air is already suffocating and hectic for those in my shoes. So please stop acting kiasu since it is always perspiring and anticipating. Not mentioning those who concluded that I may possess special feelings, motives or emotionally related in the midst of professional business.. sorry I'm not into it. You may find me as mellow and sometimes melancholic persona as portrayed in my clumsy attitude but believe me, I am a steel- though person inside. Aiseyman.. tolong la jangan perasan, saya tak minat! 🤣 Heal my soul!!

Tumbang Jua..

Sejak minggu lepas, badan rasa lain macam. Macam nak demam tapi panasnya tak keluar.. Kesibukan rutin harian dan keterujaan bertemu kawan-kawan sekolah EC memaksa aku membuang rasa kurang sihat jauh-jauh dari minda. Tinggalkan yang positif sahaja.. konon.. Macamlah hati ni boleh ditipu kan..

Sekembali dari reunion bersama Ida dan Shidah, badan terus rasa seram sejuk. Sepanjang memandu pulang kepala berdenyut bukan kepalang. Apatah lagi melihat susunan mesej Telegram dan WA yang menantikan jawapan balas. Dah macam novel panjangnya. Bertenang.. aku balas dan respond satu per satu. Dan seperti kebiasaan juga, bila pengetua respond dlm group, terus semua sepi tidak menyahut. Krik.. krikkk.. aduhai apa nak buat.. jauh hati juga terkadang rasanya. Cepat-cepat aku pujuk diri. Takpelah, kena terima itulah takdir bila aku menjadi ketua.. hmmm...

Malam tadi berat betul rasa kepala. Makan ubat pun masih tak boleh lena. Jam 3.30 pagi baru mula nak beradu dan kesan ubat menyebabkan jam 5.30 baru aku terjaga. Itupun dengan kesan ubat yang masih bersisa. Batuk mula datang.. mengokol kuat menyesakkan dada. Sabarlah Izan, sakit tu penghapus dosa. Redha dan terimalah dengan hati terbuka. Kalau tak pulih juga, jumpa doktor lah jawabnya..

Serabut ya rupa hari ni 🤣🤣

Friday, July 19, 2024

My Happy Pills

It has been a while eversince the last time I talked about happiness in my life, in English I would say! Soaked by different feelings in the journey of being a principal or the head of the school, brings joy and tears. For me, being a leader is quite challenging as life is not always on a bed of roses. Hinders and obstacles are always there to drag away my precious time and ended up loosing my mind. As far as I could, I tried to hold back to ensure that everything goes well as planned.

I am always blessed to be surrounded by great people who had never left me during thick and thin. The team I am working with now has shown the best effort in making the school objectives are well-digesst by not only Medinians but the stakeholders as well. I could proudly say that in term of making all the goals are not barely left as inspiration and aspiration, the whole systemic administrators keen to play their part to make it a huge success. Imagine.. how proud myself as the captain of the ship feel? It was such an honour to be blessed in such way!

For that, not only I stand tall and raise my head high as others, I thank the Almighty for His best gift and blessings all these while. I love all my mates dearly and hope for the very best for their future endeavours ❤️🌹🥰



Bertakhta di Hati


Bahagianya hati apabila direzekikan bertemu sahabat2 akrab zaman persekolahan. Setelah sekian lama merancang pertemuan semula rakan2 form 6 Maktab Sultan Abu Bakar tahun 1995/96 akhirnya kami berjaya juga berjumpa. Seperti sebelum ini, lokasi pertemuan kami masih di Hotel Renaissance Permas Jaya. Dekat, adil dan mudah untuk kami bertiga.

Pertemuan penuh gelak ketawa memang menggembirakan. Terbang semua masalah, hilang semua perasaan gundah.. bertukar isi cerita yang kebanyakannya berkisar tentang kisah zaman persekolahan seolah-olah membenam semua kedukaan. Indahnya zaman remaja yang disorotkan melontar jauh keresahan alam dewasa. Terhibur melihat gelagat rakan2 yang tak berubah meski jauh usia dimamah. Shidah & Ida.. antara dua sahabat paling akrab semasa di EC memang kelakar orangnya. Celoteh yang tidak kering gusi sentiasa disulami tawa panjang keriangan (akulah yang paling kuat ketawa tu)..

Semoga Allah rezekikan kita bertemu lagi pada masa akan datang. Doaku agar kami semua terus cemerlang menggalas tanggungjawab dan istiqomah dalam beribadah. Sesungguhnya aku sayangkan mereka dan semua sahabatku di luar sana. Ya Allah.. jagakanlah mereka sebaiknya 🌹

Thursday, July 18, 2024

Hanya Aku Yang Tahu

Minggu ni diari amanah yang digalas, penuh dengan coretan berwarna warni. Pelbagai pengisian menambah indahnya nuansa kehidupan namun tak kurang juga dugaan yang perlu aku depani. Biasalah, adat hidup ada turun naik, maju mundur, tawa tangisnya..

Menariknya, biar hitam putih, biru merah, hijau kuning warna  kehidupan ini, segala kenangan yang ditelusuri setiap hari sentiasa mendewasakan pemikiran. Bertemu dan bertamu dalam manis ikhlasnya kehangatan persahabatan, membawa jutaan makna yang tiada taranya. Padaku, nilai kasih sayang tidak dapat diganti dengan apa juga tukaran. Indahnya persahabatan, murni luhurnya kasih sayang yang ditunjukkan, membekas utuh di lubuk hatiku yang paling dalam. 

Terima kasih sahabat taulan sudi singgah  di sisi, berkongsi secangkir keceriaan, mendinginkan maraknya obor keresahan dan menghidupkan derai tawa menghiburkan dengan lelucon kecindan yang spontan. Hati tak pernah menipu, jiwa tak pandai berdusta.. simpan yang manis di lipatan hati, sebagai memori indah kekal abadi.. Dan aku.. akan ku tatap setiap senyuman yang terlukis di wajah manis mesra kalian sepenuh kasih dan biarlah hati ku terus berbicara tanpa suara.. 🌹❤️

Monday, July 15, 2024

Dunia Tipu Tipu

Mutakhir ini aku berdepan dengan pelbagai karenah manusia yang hampir semua melibatkan perkataan TIPU. Penipuan yang dilakukan oleh orang kepercayaan, adalah perbuatan yang paling perit untuk diterima. Tidak kira apa bentuknya, penipuan merupakan satu situasi yang sukar diterima akal yang waras, dilakukan dengan niat jahat oleh penipu.

Tidak kira dalam apa jua situasi, penipuan adalah salah dan tidak boleh dibenarkan atas apa jua alasan sekalipun. Malangnya, dalam dunia maya tanpa batas yang serba canggih kini, mudah dan acap kali benar manusia yang jujur ditipu oleh sang penipu durjana. Adakalanya aku terfikir, salahkah kita menjadi manusia jujur? Menjadi manusia jujur dan naif memang tidak mudah asbab sering ditipu oleh sang penipu dalam penipuan licik melukakan minda bawah sedar.

Aku antara mangsa yang selalu ditipu. Tak tahulah.. adakah disebabkan aku ni jujur membuta tuli atau terlalu mudah mempercayai? Memang kadangkala aku rasa marah kepada diri sendiri namun aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Buat mereka yang rasa bangga menipu, berpada-padalah.. Tuhan itu ada dan tidak pernah tidur. Bertaubatlah sebelum tertangkap dan tersungkur! Rotan kang!!
Gambar tiada kaitan dengan coretan ini

Minggu Bahasa SMed

Setelah agak lama tidak berada di sekolah, aku berjaya juga pulang ke pangkal jalan. Nasib baiklah aku masih boleh ingat dengan jelas jalan menghala ke sekolah tanpa berpandukan maps atau aplikasi Waze 😅 


Ahad yang indah dan ceria. Awal lagi kami dipesan memakai busana tradisional sebagai tema sambutan Minggu Bahasa. Aku memilih kebaya hijau pudina (mint green) untuk majlis kali ni. Warna kegemaran ni! Guru-guru wanita diminta menggayakan busana lengkap berselendang untuk hari istimewa bidang Bahasa. Aku layankan aje.. asal memenuhi tema dan yang paling penting menggembirakan anak2 buah serta diri sendiri 🤫

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.



Saturday, July 13, 2024

Masri Manis Merdeka


Lama jugak aku berfikir.. nak letak ke tak video ni kat sini? Memandangkan ni blog aku dan takde sape pun sebenarnya nak menjengah ke mari, sekadar aku syok sendiri je menulis melepaskan perasaan selain mewujudkan diari maya seorang Zahizan, aku tampal jelah rakaman Ckg Faoni (Onie) kat sini. Boleh la aku tengok balik kalau teringat kenangan lama di Tasek dulu. 

Persembahan ni dibuat sempena bulan kemerdekaan 2023, untuk membantu Cikgu Zuraidah (GKMP Sains Kemasyarakatan) memeriahkan majlis walaupun PA Sistem ke laut 😆. Rindunya setiap detik men'sumbangkan' suara dengan rakan-rakan guru yang sporting di kala stress melanda ~ Ckg Faoni, Cikgu Asyikin, Cikgu Juraida Eliza, Cikgu Azim.. belasah je apa-apa lagu janji kita happy 😂 Masa tu okaylah lagi.. aku PK Pentadbiran. Semenjak jadi Pengetua Medini, menyanyi, berpantun, bersajak, bersyair, bergurindam aku cuma buat dalam hati & dalam kereta jelah.. segan pulak hakak nak naik pentas 🤣 Tunggulah kalau dah ada keberanian atau perasaan perasanku datang semula 😅

Friday, July 12, 2024

Kenangan Sumbang Suara

Rutin hari ini agak senggang dan santai. Sepagi ni aku habiskan masa bersama Ain. Lama tak bercerita dengan anakanda ku nan seorang ni sementelahan aku sibuk dengan kerja dan tugas hakiki yang tak berpenghujung. Sebaik Ain menerima panggilan Iman, sahabat baiknya aku terus ditinggalkan.. hai anak.. mengambil kesempatan (tanpa mengambil apa2 yang sempat ya! 🤣😂) aku membelek telefon, memadam senarai gambar dan video lama yang dirasakan tak relevan untuk disimpan.
Dalam banyak-banyak video lama tu, melintas dua rakaman semasa aku membuat persembahan di SMK Tasek Utara tak lama dulu. Satu daripadanya,  video persembahan sempena meraikan majlis perpisahan En Kamarudin Alias, mantan PK HEM Tasek yang berpindah sebagai PK Pentadbiran di SMK Damansara Alif. Persembahan tu memang tidak dirancang dan dibuat secara spontan.. ada lagi persembahan lain tapi ntah mana video nya aku pun dah lupa. Aku tampalkan kat sini sebagai kenangan diri sendiri..

Thursday, July 11, 2024

Program Sekolah Amanah

Minggu ini, tiga hari berturut-turut aku menghadiri program anjuran Majlis Perhubungan Sekolah Amanah Johor di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) bersama PK Pentadbiran, Pn Hajah Norhazizah. Dua hari pertama kami didedahkan dengan Program TS25 yang pernah aku ikuti semasa berkhidmat di Tasek dulu. Selepas itu, kami ikuti pula Bengkel Pemantapan Guru BI dan Sejarah SPM Bersama Pengetua Sekolah Amanah Johor .

Menariknya, aku direzekikan bertemu adik angkatku semasa aku bersekolah di Teknik JB 31 tahun yang lalu. Cikgu Huzana Sarijo dan suaminya, En Ahmad Salleh Kamar merupakan adik-adik yang sangat akrab denganku sepanjang kami bersekolah di sana. Alhamdulillah, bahagia sungguh rasanya dapat bertemu semula adik yang baik dan ku sayang ini. Selain itu, aku juga direzekikan bertemu En Mohd Faiz Razali, adindaku yang pernah bertugas bersama di SMK Gelang Patah yang kini menggalas jawatan Pegawai Meja Sekolah Amanah JB. Tahniah, Faiz!

Dalam bengkel pemantapan SPM pula, kami didedahkan dengan sistem WajaH yang merupakan sistem headcount yang diperkenalkan oleh PPD Pontian untuk memberi fokus kepada pencapaian setiap mata pelajaran bagi membantu melonjakkan aspek akademik SPM.

Syukur alhamdulillah, aku masih diberi peluang dan ruang berguru menuntut ilmu baharu yang membantu kemajuan kerjaya ku dalam bidang pendidikan. Cuma, sepanjang 3 hari aku agak tertekan menyiapkan urusan kewangan disebabkan posisiku sebagai Bendahari Majlis Perhubungan Sekolah Amanah Negeri Johor. Hampir kena sawan bila kena buat kira-kira tau! Apa boleh buat.. Layan jelah..



Wednesday, July 10, 2024

Rindu Tiada Penghujung

Hari ini genap 5 tahun berpulangnya kekasih hatiku ke negeri abadi.  Kadangkala macam tak percaya Abang tidak lagi bersamaku di dunia fana ini. Seringkali aku terasa Abang masih ada menemaniku.. seolah-olah Abang cuma ke surau, masjid, mesyuarat.. sekejap lagi pasti Abang pulang membawa air tembikai kegemaranku bersama. Di waktu rindu menghambat, aku cuba lelapkan mata dengan harapan bila aku terjaga semua ini cuma mimpi semata-mata..

Belahan jiwaku memang kacak orangnya. Berkulit bersih, berlesung pipit dengan senyum manis tak pernah lekang, memang sejuk mata memandang. Ditambah dengan tutur bicara sopan, lemah lembut dan penyayang, hampir mustahil untuk aku mencari pengganti yang setanding dirinya. Santun kata dan tinggi adab serta budi bahasanya selalu mencuri hati orang tua. Sikap ringan tulang dan tidak berkira menyebabkan Abang dikelilingi sahabat yang ramai. Tapi.. takdir menentukan Abang dijemput pulang ke pangkuan Rabbul Izzati pada usia yang masih muda, 45 tahun.

Sepanjang menjaga Abang di hospital dulu, ku perhatikan rezeki Abang sangat murah dan mudah. Semenjak hari pertama Abang rebah akibat Medula Oblongata Stroke Infarct, ada saja nurse lelaki dan wanita membacakan Yassin di sebelah Abang. Alangkah cemburunya aku.. dengan rezeki yang diberikan kepada Abang. Begitu juga, sepanjang 9 bulan Abang terlantar, tidak putus-putus Abang menerima kunjungan saudara mara, handai taulan dan jiran tetangga pelbagai agama dan bangsa. Tidak terluah rasa syukur ku menyedari betapa Abang tidak pernah dilupakan oleh mereka. Ada satu ketika, Abang diziarahi rakan2 VIP politik yang ramai, menyebabkan polis hospital tertanya siapa gerangan Abang sebenarnya. Aku hanya menggeleng tidak tahu, lebih baik begitu..

Abang, anak kita Ain dah semakin membesar. Banyak sikap dan lakunya mengikut Abang cuma Ain tak seramah dan semesra Abang. Agaknya Ain pemalu macam Izan, Abang. Dia anak yang baik dan memahami.. ada sekali Ain pulang dari sekolah mengadu terasa hati bila rakannya dijemput pulang oleh bapa mereka. Mummy hanya mampu menyapu air mata di pipi Ain, memujuk supaya Ain bersabar sehingga sampai waktu kita bersama semula.. Abang, Izan rindu Abang.. bila Izan berdepan saat sukar, Izan cuma mampu bercerita dan menangis sepuasnya kepada Yang Maha Mendengar. Tiada lagi suara lembut Abang mendamaikan kedukaan, dakapan erat memujuk Izan menghentikan tangisan.. Sungguh, rindu ini tiada penghujungnya dan sangat berat untuk ditanggung. Semoga suatu masa kelak kita kembali bersama. Al-Fatihah buat kekasih hati yang aku sanjungi ~ Shamsul Kamal bin Jamaludin.

Saturday, July 6, 2024

Salam Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah. Semoga yang sakit diberi kesembuhan, yang susah diberi kesenangan, yang sempit diberi kelapangan, yang sedih diberi kebahagiaan, yang salah diberi petunjuk kebenaran. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik. InsyaAllah diberi yang baik-baik juga olehNya. Ayuh mulakan tahun baru dengan semangat yang membara! Allahumma Baarik..

Syafakillah,.Izan!


Dah masuk hari ketiga, aku masih berperang dengan kesakitan. Kali ni lama pulak sakit ni nak hilang.. Pulang dari sekolah Khamis lalu, perut rasa kurang selesa dan mula menunjukkan tanda serangan tapi aku abaikan. Sekejap lagi baiklah tu, bisik hati memujuk diri. Semalam sekembali daripada menziarahi arwah Cikgu Adie rasa sakit semakin kuat sehingga tidur ku terganggu.. pukul 2.30 pagi aku turun mencari ubat tahan sakit (yang sedaya mungkin aku elakkan) dan akhirnya hampir jam 4 pagi baru aku terlena. Itupun sejam kemudian aku bangun semula.. 

Benar, sakit itu penghapus dosa. Cuma adakala aku rasa betul-betul tak berdaya. Pusing kanan, guling ke kiri, menghadap sini sana.. bisanya amat terasa. Biasanya kalau macam ni lah gayanya aku kena menyerah diri disuntik Lucrin, ubat tahan sakit di klinik. Bila masalah usus melekat ku ini berulang, semua serba tak kena jadinya. Ya Allah, berikanlah aku kesembuhan. Kuatkan diriku menahan dugaan kesakitan. Kepadamu aku berserah, wahai Yang Maha Menyembuhkan. Syafakillah untuk diriku sendiri.. 

Friday, July 5, 2024

Belasungkawa Cikgu Adie..

Jumaat yang hening.. sebaik tersedar dari lena aku menjeling jam di dinding. Awal lagi, belum pun 4 pagi. Terkebil-kebil aku cuba pejam semula agar terlena kerana malam tadi bersengkang mata hingga lewat malam demi melunaskan tuntutan tugas yang datang secara tiba-tiba. Bingkas aku duduk di birai katil berdoa dan berzikir lantaran keuzuran bertahajud. Lama aku berteleku di situ. Wajah dan figura uzur Ckg Adie yang ku ziarahi petang semalam bertimbal-balik tanpa diminta.

Semalam, aku direzekikan berkesempatan menziarahi Ckg Adie yang terlantar akibat kanser usus yang mengganas. Bersama mantan Pengetua Tasek, Puan Hjh Norazlinda Mohd Salleh, kami meredah kesibukan lalu lintas menuju kediaman keluarga Ckg Adie di Larkin, JB. Sungguh tak terjangkau di benakku, begitu rapuh dan berubah fizikal adindaku itu. Menitis air mata melihat seraut wajah yang dahulunya sentiasa manis mengukir senyuman, terlantar kaku tanpa upaya. Allah! Berat sungguh ujianmu, dik.

Tidak berlama-lama, kami mohon permisi pulang. Ketika itulah satu-satunya puteri Ckg Adie, Alfatunnisa memaut kakiku meminta dibawa bersama. Wajah manja anak kecil berusia 2 tahun 5 bulan itu aku tatap dengan mata berkaca. Nak itut.. nak itut.. kalimah itu diulang berlagu mendayu. Tak sampai rasa hati menghampakan harapan Al, si kecil yang petah itu aku dukung dan ku bawa menuju ke kereta. Sebaik diizinkan ibunya, Al ku bawa mengelilingi kawasan perumahan yang damai dan permai. Kegirangan Al mengundang hujan lebat di tabir mata..

Hari ini, sebelum sempat masjid melaungkan panggilan menunaikan solat fardhu Jumaat, aku menerima khabar duka.. pemergian Ckg Adie di hari mulia ~ sayyidul ayyam atau penghulu segala hari. Adindaku kembali jua ke pangkuan Maha Pencipta. Innalillahi wainnailahi rojiuun.. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Segera aku persiap diri, jenazah Cikgu Adie akan ku iringi. Selamat jalan ke negeri abadi wahai sahabat. Semoga di sana kita diizinkan bertemu kembali. Salam perpisahan di dunia sementara. InsyaAllah di dunia lain kita akan bersua.. 🥹😭


 

Salju KasihNya

Dingin dalam jiwaku
Disirami salju kasihMu
Ku susuri jalanMu walau ranjau berliku
CintaMu abadi untukku

Dalam saat merindu
Takafurku di hadapanMu
Deraian air mata gugur dalam sujudku
Betapa agungnya cintaMu

Gelora sinar tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
Sebak rasa tiada tertahan 
Hanya padaMu Tuhan ku serah diri ini
Pohon cintaMu yang suci hakiki

Thursday, July 4, 2024

Countless Blessings!

Since the very beginning of my service 22 years ago, I was blessed by abundance of extraordinary opportunities in which I guess may not be experienced by many. Starting off my career as a civil servant, I was actually forced by Abah to carry on his family's heritage of being educators. A bit rebellious at first ~ since I dreamt to be a lawyer, I finally obeyed Abah's wish. Well,  as compatible to my name IZAN which means obedient (taat), I finally listened to his urge.. huhu.. Although Kak Gee, my eldest sister had passionately and willingly become a teacher, Abah kept on persuading, encouraging and forcing me to become one too. In Abah's eyes, I could make a good discipline teacher. Sigh!! 😞 Why? I bet, because of my traits and character that made Abah to possess the vision. I don't know!

I could still vividly recall, Abah grinned his sweet smile and portrayed his excited gesture, the day I accepted the offer to attend the teachers training program in MPIK KL. I enrolled hesitantly, bringing Abah's high hope for me to educate the future kids of Malaysia and serve the country as he did for his whole life! Ever since I was posted, I had overcome so many hinders and obstacles in educating people. Alhamdulillah, I think I did quite well and scored quite good too! 😂

Now, I myself become a school leader. I  hope that after all the things I've gone through along my journey in this unsung career path, I had grown mature and responsible to guide people better. Through thick and thin, laughter and cry, ups and downs in life, there are always a lot of new experience to embrace. Depth understanding upon others and connecting the dots within myself too, those has taught me that we need to live life and love at the fullest. 

I honour people surround me ~ especially my family members, dear colleagues and acquaintances and celebrate those who I just meet in order to spread love and stop hatred. Life is too short to be wasted. Let's do the best we can do for the sake of our future endeavours! Do not jeopardize ourself into something that is ambiguous and uncertain  Cheers mate!!

Wednesday, July 3, 2024

Cikgu Adie

Cikgu Hafizuddin bin Hussin atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Adie dalam kalangan rakan-rakan, merupakan seorang guru berdedikasi yang sentiasa ceria. Seorang idealis, beliau seorang yang kreatif dan komited melaksanakan amanah, sesuai dengan title Guru Cemerlang yang disandang. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Adie petah berpantun dan hebat berpidato.

Masih jelas terbayang di tabir mata, hari pertama beliau melapor diri dari SMK Pekan Nanas ke SMK Tasek Utara dua tahun lalu. Guru yang kaya dengan senyuman dan sopan bermadah seloka ini, sering menjadi idola anak2 Tasek khasnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Dipilih sebagai Pengerusi KEBIRUS, beliau cekap menyusun aktiviti guru penuh teliti. 

Jun 2023, tiba-tiba kami dikejutkan dengan perkhabaran duka. Cikgu Adie didiagnos dengan kanser usus tahap 3 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk melalui sesi pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Bermula detik itu, beliau cuti sakit sehinggalah mutakhir ini diberitakan berada dalam keadaan semakin uzur dan lemah. Sesi kemoterapi beliau juga tidak lagi menunjukkan kemajuan. Perit sungguh untuk kami hadamkan kesedihan tatkala mendengar khabar penuh kedukaan. 

Cikgu Adie, semoga dikau terus kuat mendepani ujian getir kehidupan. Ya Allah, angkatlah kesakitan Adindaku.. permudahkan untuknya segala urusan dan berikanlah kekuatan baginya menghadapi segala ujianMu. Adikku.. teruslah berjuang.. doa kami takkan putus dan akan terus mengalir ikhlas buatmu 🥺

Tuesday, July 2, 2024

Cinta Sekilas Pandang

Teruja! Sesungguhnya itulah perasaan ku sejak tirai hari ini disingkap. Hari ini buat kali pertama aku akan menatap wajah anak2 tingkatan 4 Sinergi sebagai watak utama meneraju mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apa tidaknya, selepas lebih 2 tahun meninggalkan alam menengah atas, aku kembali menemui anak2 adolescents yang sedang lincah meniti alam remaja.


Sebaik waktu rehat berakhir, aku pantas melangkah ke kelas. Anak2 yang masih berpapasan di koridor menegurku dengan ucapan hormat, memberikan kedamaian hati yang tidak terluah oleh kata-kata. Sekilas, terjentik di hati, alangkah bertuah aku ditempatkan di sini.. dikurniakan anak2 yang baik lagi cerdik yang mampu memberi impak besar kepada kemenjadian sekolah amanah.

Memandangkan kali pertama bersua, sesi taaruf diawal sesi agak janggal. Almaklum saja.. pengetua yang menjadi guru mereka. Ku santuni anak2 untuk menarik mereka berbicara dan alhamdulillah, sekejapan sahaja suasana bertukar ceria. Pelbagai soalan diajukan tatkala sesi Q&A dibuka, semua ku jawab dgn bersahaja. Ku biar mereka melihatku dari sisi berbeza. Terasa pantas masa berlari.. diam tak diam tamat sudah sesi pertama kami hari ini

Sebelum menutup pertemuan, ku minta anak2 berkongsi hasil penulisan. Seronnok sungguh aku.. mereka mampu menghasilkan esei yang indah dan matang walau masa terhad menjadi penghalang. Syabas anak2 yang sudi mempersembah hasil penulisan yang sememangnya memukau. Diksi dan leksikal yang mantap mewarnai esei ringkas yang ditulis dalam masa yang singkat. Tahniah buat semua anak 4 Sinergi! InsyaAllah esok kita bersua lagi! Sesungguhnya aku terjatuh cinta dengan anak2 ini! 

Monday, July 1, 2024

Menghalau Galau

Semenjak dua menjak ni, perasaanku mudah benar terusik. Mudah betul terasa hati.. rasa macam mudah sangat merajuk walau jauh di sudut hati ini tahu, takde sape layan atau nak tolong pujuk 🤣 Agaknya, seiring bertambahnya usia, emosi ku pun turut turun naik macam roller coaster.. adoiii.. dulu susah juga nak tengok aku marah atau merajuk. Apa jadi pun aku maintain senyum je tapi kini tidak lagi.. sekali terguris hati, sanggup aku tak bersuara sehari! 😂

Bermuhasabah tentang rutin yang aku lalui, mungkin dah tiba masanya aku berbicara dalam hati. Suka duka, senyum ketawa, hanya sebagai halwa penyedap santapan jiwa. Aku cuba kekal bertenang kerana aku tahu Allah, adalah sebaik-baik perancang. Aku akan cuba terus berdamai dengan takdir sehingga ke garis hidupku yang terakhir. Biar senyum manis ku dulu terasa tawar, jangan bibirku berbicara hambar.. Ya Allah, bantulah aku menongkat kebenaran, menongkah arus bicara keangkuhan. Tak mahu aku hidup jiwa derita, sehingga akhir nafasku hela.. Biarkan aku terus berbicara tanpa suara.. 🥹

Kembara Diteruskan

 28 Jun 2024 : Hari terakhir bermusafir menggali ilmu di Pulau Mutiara. Usai bersarapan, kami meneruskan sesi kembara ilmu ke SMK Bukit Jambul pula. 

Ketibaan kami dalam hujan lebat disambut mesra oleh Pengetua Cemerlang Puan Zaharah bt Abdullah dan warga sekolah. Delegasi kami diarak dengan paluan kompang, disajikan pula tarian selamat datang serta dihidangkan ucapan indah mengalu-alukan kehadiran. Kebetulan kunjungan kami tiba serentak dgn rombongan dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. 

Selesai sesi lawatan, kami bergegas pulang ke hotel untuk mendaftar keluar sebelum menuju ke Pasar Chowrasta. Ditemani terik cuaca, kami menikmati makan tengah hari ringkas selain mencuci mata (dan poket) masing2 🫢

Selesai, kami terus dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Di sana kami menikmati makan lewat petang ~ nasi kandaq Line Clear yang enak. Penerbangan pulang jam 9.40 malam mengakhiri kembara kali ini.

Sepanjang di sana, 20 orang delegasi MPSM dibawa menaiki dua buah kereta sewa yang sangat selesa. Pemanduan berhemah rakan2 pengetua yang sabar membawa kami ke pelbagai destinasi ~ Tuan Mohd Khairul Amin bersama co-pilot Tuan Roslee Jarkasi (kumpulan kami) mmg wajar dipuji. Terima kasih daun keladi.. Terima kasih MPSM JB 🌹❤️