Dah masuk hari ketiga, aku masih berperang dengan kesakitan. Kali ni lama pulak sakit ni nak hilang.. Pulang dari sekolah Khamis lalu, perut rasa kurang selesa dan mula menunjukkan tanda serangan tapi aku abaikan. Sekejap lagi baiklah tu, bisik hati memujuk diri. Semalam sekembali daripada menziarahi arwah Cikgu Adie rasa sakit semakin kuat sehingga tidur ku terganggu.. pukul 2.30 pagi aku turun mencari ubat tahan sakit (yang sedaya mungkin aku elakkan) dan akhirnya hampir jam 4 pagi baru aku terlena. Itupun sejam kemudian aku bangun semula..
Benar, sakit itu penghapus dosa. Cuma adakala aku rasa betul-betul tak berdaya. Pusing kanan, guling ke kiri, menghadap sini sana.. bisanya amat terasa. Biasanya kalau macam ni lah gayanya aku kena menyerah diri disuntik Lucrin, ubat tahan sakit di klinik. Bila masalah usus melekat ku ini berulang, semua serba tak kena jadinya. Ya Allah, berikanlah aku kesembuhan. Kuatkan diriku menahan dugaan kesakitan. Kepadamu aku berserah, wahai Yang Maha Menyembuhkan. Syafakillah untuk diriku sendiri..
No comments:
Post a Comment