Friday, July 12, 2024

Kenangan Sumbang Suara

Rutin hari ini agak senggang dan santai. Sepagi ni aku habiskan masa bersama Ain. Lama tak bercerita dengan anakanda ku nan seorang ni sementelahan aku sibuk dengan kerja dan tugas hakiki yang tak berpenghujung. Sebaik Ain menerima panggilan Iman, sahabat baiknya aku terus ditinggalkan.. hai anak.. mengambil kesempatan (tanpa mengambil apa2 yang sempat ya! 🤣😂) aku membelek telefon, memadam senarai gambar dan video lama yang dirasakan tak relevan untuk disimpan.
Dalam banyak-banyak video lama tu, melintas dua rakaman semasa aku membuat persembahan di SMK Tasek Utara tak lama dulu. Satu daripadanya,  video persembahan sempena meraikan majlis perpisahan En Kamarudin Alias, mantan PK HEM Tasek yang berpindah sebagai PK Pentadbiran di SMK Damansara Alif. Persembahan tu memang tidak dirancang dan dibuat secara spontan.. ada lagi persembahan lain tapi ntah mana video nya aku pun dah lupa. Aku tampalkan kat sini sebagai kenangan diri sendiri..

No comments: