Sebagai anak pegawai tentera, aku dibesarkan di pelbagai tempat dan belajar di beberapa buah sekolah sepanjang hidupku. Semasa di sekolah rendah, aku masih ingat lagi, dalam kelas 4 Delima (SK Panglima Adnan PD) ramai sahabat sekelas mempunyai nama seakan sama bunyinya. Zahizan, Shamizan, Norazizan.. so untuk membezakan kami Cikgu Nornikman beri nama panggilan buat kami ~ Z, Sam & Jijan. Sejak itu rakan2 di Port Dickson mengenali aku sebagai Zack (Z).
Sebaik abah bersara, kami kembali ke selatan tanah air dan aku memulakan tingkatan 3 di SMK Skudai. Dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan sekolah di Johor pula aku lebih dikenali sebagai Izan. Jiran tetangga di Taman Sri Pulai memanggilku Angah (almaklumlah aku kan anak kedua). Kalau sesekali balik berakram dengan makcik2 di TSP, Angah lah panggilan manja ku dalam kalangan team HELWA masjid di sana hihi..
Tatkala menimba ilmu di menara gading usai tamat Tingkatan 6 aku berkelana di USM Penang. Semasa di tahun dua, aku ditempatkan bersama dua orang rakan mahasiswa . Seorang dari Terengganu dan seorang lagi dari Kelantan. Aiza memanggilku Izang manakala Samila memanggilku Izey. Acapkali jugalah aku membetulkan.. IZAN... kataku 🤣
Tiba2 teringat pula kenangan memulakan zaman persekolahan darjah 1 di SK Angkatan Tentera.. aku tak tahu nama sendiri 😅🤣 takpelah nanti aku nukilkan di coretan yang lain pula.. haiii kalaulah Zahin Syaqireen tahu kisah mummy mesti dia geleng kepala.. Zahizan, Izan, Z, Angah, izang, Izey sebenarnya merujuk insan yang sama..aku la semua tu 😂 Tak kisahlah, panggilah apapun asalkan membawa maksud yang baik kerana nama merupakan doa dari seseorang buat kita 🌹🥰
No comments:
Post a Comment