Friday, July 19, 2024

Bertakhta di Hati


Bahagianya hati apabila direzekikan bertemu sahabat2 akrab zaman persekolahan. Setelah sekian lama merancang pertemuan semula rakan2 form 6 Maktab Sultan Abu Bakar tahun 1995/96 akhirnya kami berjaya juga berjumpa. Seperti sebelum ini, lokasi pertemuan kami masih di Hotel Renaissance Permas Jaya. Dekat, adil dan mudah untuk kami bertiga.

Pertemuan penuh gelak ketawa memang menggembirakan. Terbang semua masalah, hilang semua perasaan gundah.. bertukar isi cerita yang kebanyakannya berkisar tentang kisah zaman persekolahan seolah-olah membenam semua kedukaan. Indahnya zaman remaja yang disorotkan melontar jauh keresahan alam dewasa. Terhibur melihat gelagat rakan2 yang tak berubah meski jauh usia dimamah. Shidah & Ida.. antara dua sahabat paling akrab semasa di EC memang kelakar orangnya. Celoteh yang tidak kering gusi sentiasa disulami tawa panjang keriangan (akulah yang paling kuat ketawa tu)..

Semoga Allah rezekikan kita bertemu lagi pada masa akan datang. Doaku agar kami semua terus cemerlang menggalas tanggungjawab dan istiqomah dalam beribadah. Sesungguhnya aku sayangkan mereka dan semua sahabatku di luar sana. Ya Allah.. jagakanlah mereka sebaiknya 🌹

No comments: