Monday, July 15, 2024

Dunia Tipu Tipu

Mutakhir ini aku berdepan dengan pelbagai karenah manusia yang hampir semua melibatkan perkataan TIPU. Penipuan yang dilakukan oleh orang kepercayaan, adalah perbuatan yang paling perit untuk diterima. Tidak kira apa bentuknya, penipuan merupakan satu situasi yang sukar diterima akal yang waras, dilakukan dengan niat jahat oleh penipu.

Tidak kira dalam apa jua situasi, penipuan adalah salah dan tidak boleh dibenarkan atas apa jua alasan sekalipun. Malangnya, dalam dunia maya tanpa batas yang serba canggih kini, mudah dan acap kali benar manusia yang jujur ditipu oleh sang penipu durjana. Adakalanya aku terfikir, salahkah kita menjadi manusia jujur? Menjadi manusia jujur dan naif memang tidak mudah asbab sering ditipu oleh sang penipu dalam penipuan licik melukakan minda bawah sedar.

Aku antara mangsa yang selalu ditipu. Tak tahulah.. adakah disebabkan aku ni jujur membuta tuli atau terlalu mudah mempercayai? Memang kadangkala aku rasa marah kepada diri sendiri namun aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Buat mereka yang rasa bangga menipu, berpada-padalah.. Tuhan itu ada dan tidak pernah tidur. Bertaubatlah sebelum tertangkap dan tersungkur! Rotan kang!!
Gambar tiada kaitan dengan coretan ini

No comments: