Wednesday, July 31, 2024

Jejak Kasih Sayang

Meskipun minggu ni aku dikelilingi banyak rutin yang menyesakkan dada, aku sangat bersyukur kerana ditemukan insan-insan hebat yang sangat memberi erti dalam mewarnakan kehidupanku. Bila acapkali bertemu mata dengan rakan-rakan lama yang pernah memercikkan pelbagai tona warna dalam kanvas hidupku, aku merasa bertuah dan amat bersyukur kerana dikelilingi mereka. 

Menyingkap tabir minggu ini dengan pertemuan bersama Linda, sahabat baik semasa kecilku, perjumpaan semula dengan rakan taulan yang pernah seiring melangkah sebagai PK Pentadbiran di Hostel KSL memang mengujakan. Hari ini pula, asbab pertandingan kawad kaki yang diadakan di Medini, aku berpeluang bersua kembali sahabat handai yang sangat akrab dalam hatiku.

Seawal pagi aku menunggu kehadiran Marziah, sahabat baik sejak mula aku menuntut di SM Teknik JB dahulu. Kami bukan rakan sekelas sebaliknya belajar di kelas bersebelahan. Cuma, kami pernah sama2 menjadi outsider sebelum aku memilih untuk tinggal di asrama. Selepas SPM, Marziah melanjutkan pengajian ke USA manakala aku ke Ting 6 di EC. Sepanjang pengajian Mar di negara Uncle Sam itu, kami berutus surat sehinggalah Mat kembali ke tanahair. Alhamdulillah, Mar ke USA aku pula ke USM.. hihi.. Tak lama kemudian kami berjumpa semula sementelah aku juga akhirnya beralih kerjaya menjadi guru Bahasa Inggeris seperti Mar. Alhamdulillah.. 

Selain Marziah, pertemuan dengan rakan2 yang pernah sebumbung bertugas di Tasek amat membahagiakan jiwa. Bertemu Cikgu Sarah, Cikgu Suhaimi, Cikgu Juraida, Cikgu Azim, Cikgu Ashikin, Cikgu Alin & Cikgu Anis sememangnya mengubat kerinduan ku yang menggebu kepada Tasek. Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi kesempatan bertemu mata dengan mereka yang amat ku kasihi..

Ya Allah Yang Maha Mengasihi.. jagalah sahabat-sahabat ku dalam limpah kasih sayangMu. Peliharalah mereka dan kasihanilah mereka.. aku sayang semua sahabatku keranaMu.. Salam kasih sayang berpanjangan buat sahabat-sahabat kesayangan di mana juga kalian berada.. ❤️



No comments: