Thursday, July 11, 2024

Program Sekolah Amanah

Minggu ini, tiga hari berturut-turut aku menghadiri program anjuran Majlis Perhubungan Sekolah Amanah Johor di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) bersama PK Pentadbiran, Pn Hajah Norhazizah. Dua hari pertama kami didedahkan dengan Program TS25 yang pernah aku ikuti semasa berkhidmat di Tasek dulu. Selepas itu, kami ikuti pula Bengkel Pemantapan Guru BI dan Sejarah SPM Bersama Pengetua Sekolah Amanah Johor .

Menariknya, aku direzekikan bertemu adik angkatku semasa aku bersekolah di Teknik JB 31 tahun yang lalu. Cikgu Huzana Sarijo dan suaminya, En Ahmad Salleh Kamar merupakan adik-adik yang sangat akrab denganku sepanjang kami bersekolah di sana. Alhamdulillah, bahagia sungguh rasanya dapat bertemu semula adik yang baik dan ku sayang ini. Selain itu, aku juga direzekikan bertemu En Mohd Faiz Razali, adindaku yang pernah bertugas bersama di SMK Gelang Patah yang kini menggalas jawatan Pegawai Meja Sekolah Amanah JB. Tahniah, Faiz!

Dalam bengkel pemantapan SPM pula, kami didedahkan dengan sistem WajaH yang merupakan sistem headcount yang diperkenalkan oleh PPD Pontian untuk memberi fokus kepada pencapaian setiap mata pelajaran bagi membantu melonjakkan aspek akademik SPM.

Syukur alhamdulillah, aku masih diberi peluang dan ruang berguru menuntut ilmu baharu yang membantu kemajuan kerjaya ku dalam bidang pendidikan. Cuma, sepanjang 3 hari aku agak tertekan menyiapkan urusan kewangan disebabkan posisiku sebagai Bendahari Majlis Perhubungan Sekolah Amanah Negeri Johor. Hampir kena sawan bila kena buat kira-kira tau! Apa boleh buat.. Layan jelah..



No comments: